Ahad, Oktober 21, 2012

Kerja-kerja semasa membaiki kerosakan tangki

Gambar-gambar semasa kerja-kerja membaiki tangki air:

Selasa, Oktober 16, 2012

Makluman kerja-kerja membaiki tangki air di Blok 2


Rabu, Oktober 10, 2012

JMB Seri Nuang sediakan kemudahan Wheelchair

Ini merupakan satu kemudahan baru yang disediakan oleh pihak JMB Seri Nuang bagi kegunaan semua penduduk Seri Nuang yang memerlukannya. Jika ada mana-mana yang memerlukannya, sila hubungi pejabat JMB Seri Nuang (sebelah Surau Al-Ikhwan) di talian yang tertera dalam poster di atas.

Ahad, Oktober 07, 2012

Tabung surau dikopak

Inilah keadaan tabung surau yang telah dikopak oleh individu yang tidak diketahui identitinya sama ada orang dewasa atau golongan yang lebih muda. kebetulan beberapa minggu sebelum kejadian, duit sumbangan yang ada di dalam tabung ini telah dibawa keluar oleh Bendahari Surau Al-Ikhwan dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Bank Islam. Ini merupakan kejadian yang pertama kali terjadi ke atas tabung surau. Pihak AJK Surau Al-Ikhwan memandang serius dengan kejadian ini.

Pihak AJK juga memohon doa agar individu yang melakukan kerja ini akan insaf dan menyesali akan perbuatan di rumah ibadah ini. Wallahualam.

Tournament Takraw

Tournament Takraw 2012 pagi tadi telah dimenangi oleh Regu Taib & the Gang. Tahniah kepada regu beliau. Semoga dapat kekalkan kejuaraan pada tahun 2013.

Ahad, September 30, 2012

Takraw Tournament 2012

Nak masuk kalu, sila contact Taib: 012-698 8585 atau Joe: 016-297 5626

Lawatan akademik ke JMB Pusat Komersil Sek. 7

Ini adalah gambar-gambar semasa lawatan akademik JMB Seri Nuang ke JMB Pusat Komersil Sek. 7 pada 29 September 2012 jam 10.00 am. Lokasinya adalah di Tingkat 2, Bangunan Pasaraya Giant, Sek. 7. Kami telah di sambut dengan meriah oleh Tuan Haji Shahrir Shahodin, Pengerusi serta para AJK JMB sekalian. Kami dijamu dengan juadah dan disusuli dengan ucapan Pengerusi. Seterusnya, para AJK meneruskan agenda dengan memberikan penerangan dan latarbelakang JMB PK Sek.7 menggunakan powerpoint slides. Sesi pada hari tersebut berakhir jam 1.00 petang. Banyak maklumat telah dikongsikan dan JMB Seri Nuang dapat sedikit gambaran bagaimana JMB dapat diuruskan dengan baik.

Posting dalam blog JMB PK Sek. 7, klik sini

Jumaat, September 28, 2012

Alamat surat-menyurat JMB Seri Nuang

Alamat surat-menyurat:
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seri Nuang (No. Siri: 0160)
No.1, Jalan Gunung Nuang U11/37 Bukit Bandaraya Shah Alam
Seksyen U11, 40170 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax: 03-5510 3703
Mobile: 013-250 0603
Email: serinuang@gmail.com

Khamis, September 27, 2012

Perihal buang sampah

Wheelchair Untuk Seri Nuang

Pihak JMB Seri Nuang telah membeli sebuah wheelchair baru yang berharga sekitar RM 300.00 untuk kegunaan semua org yang memerlukan. Sesiapa yang ingin menggunakan wheelchair tu, sila berhubung dengan AJK JMB Seri Nuang dengan menyertakan nama penuh, IC, no telefon dan nombor rumah. Alhamdulillah sumbangan daripada kawan-kawan telah menghasilkan satu benda yang bermanfaat.

Ahad, September 09, 2012

Jamuan Raya Seri Nuang

Alhamdulillah jamuan Hari Raya Seri Nuang telah dihadiri oleh YB Dr Haji Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik. Makanan utama malam itu adalah satay, lemang, nasi impit, char koew teow, ais krim, kek, buah-buahan dan ayer sejuk dan panas.

Sabtu, September 08, 2012

Sekitar baraan 2012