Pada 4 Sept 2010, Seri Nuang telah menerima kunjungan dari Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad serta beberapa pengiring beliau. Beliau telah sampai semasa sembahyang Taraweh. Pada sesi tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada penduduk Shah Alam mengenai amalan-amalan yang sepatutnya dibuat semasa Ramadhan. Dalam sesi tersebut juga, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada dua orang Imam Tahfiz iaitu Saudara Zaid dan Saudara Hamzah. Kedua-dua Imam Tahfiz ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz Shah Alam yang mempunyai cawangan di Bukit Bandaraya Shah Alam. Kami pihak Seri Nuang mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengimamkan sembahyang Taraweh selama sebulan.
15 tahun yang lalu



