Selasa, September 08, 2009

YB Haji Yaakob Sapari di Seri Nuang

































Semalam, 7 Sept (17 Ramadhan), ADUN Kota Anggerik, YB Tuan Haji Yaakob Sapari telah sudi meluangkan masa berjemaah Isyak dan Teraweh dengan jemaah di Seri Nuang ini. beliau telah hadir bersama pembantu beliau, Ustaz Shamsul yang juga imam pada malam semalam. Selepas selesai solat Teraweh, ada sesi Tazkirah ringkas dan juga jamuan moreh. Sesi ramah-mesra juga didakan semasa makan moreh. Alhamdulillah, sesi temubual dengan YB itu membuahkan hasil serta mendapat sedikit maklumat mengenai keadaan di Selangor.

Isnin, September 07, 2009

Nuzul Quran

Pihak Jawatankuasa Pangsapuri Seri Nuang mengucapkan selamat menyambut hari nuzul Quran kepada semua penduduk.

Semoga isi kandungan Quran ini dapat dimanfaatkan serta diambil iktibar untuk menjadi pedoman dan arah kepada kita semua. Sesungguhnya ianya adalah satu mukjizat kepada umat Islam

Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan kepada yang bekerja, teruskan tanggungjawab di bulan Ramadhan ini.

Sabtu, September 05, 2009

Al-Fatihah

Isnin, Ogos 31, 2009

Merdeka Negaraku!!!

Jumaat, Ogos 28, 2009

Majlis Berbuka Puasa Seri Nuang

Jom ramai-ramai kita meriahkan surau kita.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Bonus Ramadhan

Selasa, Ogos 11, 2009

Kelab Femina Seri Nuang

Kepada warga-warga wanita Seri Nuang, satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Wakaf sebelah surau Al-Ikhwan

Sila berhubung dengan Kak Jue (2-2-6) di talian 016-713 3400 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Kehadiran saudari-saudari semua amatlah diharapkan.

"Majulah Seri Nuang untuk kita semua"

Rabu, Ogos 05, 2009

Badminton game for Seri Nuangers


Kawan-kawan Seri Nuang,

Sapa-sapa yang berminat nak join badminton game dengan geng-geng kita, satu game akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9pm - 11pm
Tempat: Dewan MBSA Seksyen 6, Shah Alam

Sesiapa yang berminat nak join, sila tepon Saudara Zahidan di talian 016-245 8116

Majulah Badminton untuk Seri Nuang. "Jom join kita"

Isnin, Julai 27, 2009

Perkongsian Ilmu bersama Ustaz Pak Lah (HPA)

Malam tadi (26 Julai 2009) telah berlangsung satu majlis perkongsian ilmu bersama penceramah motivasi, Haji Abdullah Hj. Abd. Rahim aka Pak Lah. Beliau berkongsi dengan jemaah Seri Nuang mengenai solat itu ibadah dan kesihatan. Alhamdulillah, banyak ilmu mengenai produk-produk halal yang mempengaruhi kehidupan kita serta kesempurnaan solat. Kesedaran Muslim sekarang mengenai kepentingan mencari yang Halal telah meningkat. Semoga ianya memberi manfaat bersama demi kebaikan anak cucu kita nanti.

Klik kat blog Ustaz Pak Lah at: http://myhpafamily.blogspot.com

Rabu, Julai 22, 2009

Seri Nuang in Sinar Harian

Ini adalah hasil pertolongan dan kerjasama kawan-kawan sekalian. Peace for Seri Nuang

Selasa, Julai 21, 2009

BBQ Keluarga: 19 Julai 2009









Isnin, Julai 20, 2009

Ceramah Israk Mikraj - 19 Julai 2009

Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hj. Shahrom Hj. Hassan, Penceramah Bebas dari Gombak.