Rabu, Ogos 05, 2009

Badminton game for Seri Nuangers


Kawan-kawan Seri Nuang,

Sapa-sapa yang berminat nak join badminton game dengan geng-geng kita, satu game akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9pm - 11pm
Tempat: Dewan MBSA Seksyen 6, Shah Alam

Sesiapa yang berminat nak join, sila tepon Saudara Zahidan di talian 016-245 8116

Majulah Badminton untuk Seri Nuang. "Jom join kita"

Isnin, Julai 27, 2009

Perkongsian Ilmu bersama Ustaz Pak Lah (HPA)

Malam tadi (26 Julai 2009) telah berlangsung satu majlis perkongsian ilmu bersama penceramah motivasi, Haji Abdullah Hj. Abd. Rahim aka Pak Lah. Beliau berkongsi dengan jemaah Seri Nuang mengenai solat itu ibadah dan kesihatan. Alhamdulillah, banyak ilmu mengenai produk-produk halal yang mempengaruhi kehidupan kita serta kesempurnaan solat. Kesedaran Muslim sekarang mengenai kepentingan mencari yang Halal telah meningkat. Semoga ianya memberi manfaat bersama demi kebaikan anak cucu kita nanti.

Klik kat blog Ustaz Pak Lah at: http://myhpafamily.blogspot.com

Rabu, Julai 22, 2009

Seri Nuang in Sinar Harian

Ini adalah hasil pertolongan dan kerjasama kawan-kawan sekalian. Peace for Seri Nuang

Selasa, Julai 21, 2009

BBQ Keluarga: 19 Julai 2009









Isnin, Julai 20, 2009

Ceramah Israk Mikraj - 19 Julai 2009

Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hj. Shahrom Hj. Hassan, Penceramah Bebas dari Gombak.

Ahad, Julai 12, 2009

BBQ Keluarga Seri Nuang & Israk Mikraj 2009

BBQ Keluarga Seri Nuang & Israk Mikraj 2009 bakal diadakan pada:

Tarikh: 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Dataran Seri Nuang bersebelahan surau

Aturcara Program:

Siang

10.00 pagi - Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penduduk dan
penduduk Seri Nuang

11.00 pagi - Aktiviti BBQ secara gotong-royong

12.30 t/hari - Makan tengah hari


Malam


7.30 mlm - Sembahyang Maghrib berjemaah

7.50 mlm - Ceramah Israk dan Mikraj oleh penceramah jemputan

8.45 mlm - Sembahyang Isyak berjemaah

9.00 mlm - Tahlil ringkas serta doa selamat

9.20 mlm - Jamuan ringan

Sumbangan berupa wang ringgit amatlah dialu-alukan yang mana boleh disampaikan
kepada Bendahari, En Taib A. Samat (2-4-9), Tel: 012-698 8585 sebelum 18 Julai 2009

Sabtu, Julai 11, 2009

Surau Al-Ikhwan berdaftar di JAIS!!!!!

Buat semua penduduk Seri Nuang,

Ada satu berita baik yang ingin disampaikan oleh Seri Nuang Blogger, iaitu Surau kita telah mendapat surat kelulusan berdaftar dengan JAIS. Oleh itu, surau Seri Nuang kini telah berjaya mendapat kelulusan daripada permohonan tempoh hari.

Bermula hari ini segala urusan surau dengan pihak JAIS akan menggunakan nombor rujukan daftar iaitu: JAI.SEL.BPM/01/032/379

Segala usaha semua pihak yang terlibat telah terbayar dengan adanya surat rasmi dari pihak JAIS itu.

Tahniah semua!!!

Khamis, Julai 09, 2009

Latih padam kebakaran

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan mendedahkan kebanyakan kebakaran rumah bermula di dapur, terutama ketika penghuni memasak atau ditinggalkan sebentar.

Pengarah Latihannya, Zakaria Mahmud, berkata alat memasak itu perlu dialihkan segera dan gas ditutup jika berlaku kebakaran.

“Selimut atau kain tebal boleh digunakan untuk memadam kebakaran kecil kerana ia menyekat sumber api, iaitu oksigen

“Latihan kebakaran untuk keluarga penting bagi mengelak kejadian tidak diingini. Kanak-kanak perlu didedahkan latihan kebakaran di rumah sekurang-kurangnya dua kali setahun,” katanya mengulas kebakaran di Tingkat 32, Kondominium Seri Bayu, Mont Kiara, kelmarin yang mengorbankan anak sulung Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun.

Mayat Koh Keat Lee, 22, ditemui rentung di balkoni rumahnya oleh anggota bomba, dipercayai cuba meminta bantuan.

Sumber: Berita Harian Online

MORAL: Pihak pengurus fasiliti kena buat testing mengenai sistem kebakaran di Seri Nuang sama ada berfungsi atau tidak.

Isnin, Jun 22, 2009

Kenali ADUN N40 - Kota Anggerik

Nama: Haji Yaakob Sapari

Alamat: No. 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/B
Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor DE.

Tel: 03-5511 7781

Email: pkrkota.anggerik@yahoo.com

Blog: http://pkr-kota-anggerik.blogspot.com/

Khamis, Jun 18, 2009

Tip-tip elakkan pecah rumah

Salam sejahtera Seri Nuangers,

Kami ingin berkongsi maklumat dengan para penduduk mengenai tip-tip untuk mengelakkan kejadian pecah rumah:

1. Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan kejadian pecah rumah.

2. Meletakkan barang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah.

3. Bumbung atau siling terbuka juga mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

4. Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah untuk menarik perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memasuki rumah secara paksa.

5. Bagi rumah yang ada sliding door, selakkan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.

6. Tinggalkan maklumat yang cukup bagi memudahkan jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadia kepada anda.

7. Sentiasa pasang lampu apabila keluar rumah di waktu malam.

8. Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk-jenguk di kawasan rumah anda.

9. Pasangkan sistem penggera yang canggih.

10. Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian penjenayah.

Rabu, Jun 17, 2009

Blogging: Satu cara untuk berkomunikasi

Blogging in Malaysia ranks among highest in the world

MALAYSIA has about 500,000 active bloggers, ranking the country among the highest in the world after Indonesia and the European Union, Utusan Malaysia reported.

According to Universiti Malaya media department lecturer, Dr Abu Hassan Hasbullah, this showed the power of blogs in influencing the thinking of the people, especially about politics.

He said blogs currently had a wide reach considering how many Internet users visited these sites everyday.

“Our research shows that 70% of the election results were influenced by information in the blogs,” he said.

Dr Abu Hassan said the ruling government could use blogs but pointed out that it would take a long time for it to be popular.


Source: The Star

Selasa, Jun 09, 2009

Kejadian kecurian motor

Terkini:

Satu kejadian kecurian motor telah berlaku di Seri Nuang. Sebuah motor Yamaha 125z bewarna biru dan putih telah dicuri oleh Hamba Allah yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini disedari lebih kurang jam 3.00 pagi yang mana parking motor itu berhampiran dengan surau. Pemilik motosikal itu yang tinggal di Level 2 menyedari akan ketiadaan motornya semasa beliau hendak keluar untuk pergi kerja.

Pelbagai persoalan boleh timbul dari insiden tersebut:

1. Apakah tugas sebenar pengawal keselamatan di Seri Nuang ini?

2. Berapa ramaikah pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam?

3. Apakah tindakan pihak Facility Management & Maintenance (Conso Carta Sdn. Bhd) terhadap insiden yang berlaku?

4. Adakah pengawal keselamatan yang ada sekarang sesuai dengan kerjanya?

5. Patutkah pengawal keselamatan yang ada sekarang ditukar dengan pengawal keselamatan yang memang betul dari syarikat kawalan yang berdaftar?

Langkah-langkah keselamatan WAJIB diambil berat oleh pihak Pemaju dan Maintenance. Situasi yang ada sekarang bagaikan "Asal ada". Para penduduk membayar maintenance fee setiap bulan dengan kadar yang tinggi berbanding dengan kemudahan yang ada di Seri Nuang.

Oleh itu, pihak Pemaju dan Maintenance kena memandang berat terhadap isu-isu seumpama ini agar ianya tidak berulang kembali.