Jumaat, Januari 09, 2009

Jomheboh.

9 Jan 2009 - Official day to boycott US products

Rabu, Januari 07, 2009

Kerja-kerja pembaikan di Seri Nuang 1

Semalam, 6 jan 2008 terdapat sebuah sky lift yang digunakan oleh pekerja untuk membuat kerja di tempat-tempat tinggi telah ditempatkan di Seri Nuang 1 untuk kerja-kerja penampalan dinding bahagian tepi menghadap ke rumah kongsi. Agak banyak juga simen yang digunakan untuk menampal akibat rekahan yang berlaku.

kepada semua penduduk Seri Nuang, sila ambil perhatian dan perhatikan rumah masing-masing jika terdapat benda yang tak berapa nak elok.

Isnin, Januari 05, 2009

Security Guard nyaris dipukul resident

Ada berita mengatakan mengenai resident yang baru berpindah ke Seri Nuang cuba membuat aksi yang melampau terhadap security guard. Kenderaan beliau tidak dibenarkan masuk kerana tidak ada sticker, maka disebabkan oleh beliau hilang sabar, beliau cuba memukul security guard yang bertugas ketika itu.

Ini boleh disabitkan sebagai kes yang serius sehingga sanggup hendak memukul security guard.
Langkah keselamatan perlu diambil oleh pihak pengurusan bangunan untuk memastikan security guard mempunyai ciri-ciri keselamatan dalam memastikan arahan dipatuhi.

Selasa, Disember 30, 2008

Cahayamata Khairul Hisham (2-4-14)

Tahniah dan Alhamdulillah diucapkan kepada Khairul Hisham (2-4-14),

Berita mengenai kelahiran cahayamata pertama telah diterima pagi nie oleh webmaster Seri Nuang. Kami di Seri Nuang mengucapkan berbanyak tahniah dan semoga selamat sejahtera dan berbahgia selalu bersama putera pertama. Putera beliau telah selamat dilaherkan di Hospital Putrajaya pada hari Isnin, 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharam 1430H.

Dengan kehadiran cahayamata ini, semoga hidup beliau akan lebih bermakna dan ceria hendaknya.

Isnin, Disember 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Jumaat, Disember 26, 2008

Futsal oleh Seri Nuangers

Kepada semua penduduk Seri Nuang, rakan kita ada menganjurkan permainan Futsal antara penduduk di sini. Saudara Shazli dari Tingkat 2 di Blok 1 menjadi penganjur untuk game ini. Beliau akan mengwar-warkan berita ini jika terdapat game yang geng-geng nie akan anjurkan.

Khamis, Disember 25, 2008

Selamat Hari Natal

Pihak Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada penghuni Seri Nuang yang beragama kristian. Semoga perayaan krismas ini menceriakan lagi kehidupan anda tahun ini di sini. Muafakat di antara penduduk amat penting demi menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Perasaan saling bertegur sapa amat perlu dalam mewujudkan satu suasana yang harmoni. Akhir kata, semoga penduduk Seri Nuang hidup dalam aman dan tenteram. Peace No War!!!

Rabu, Disember 24, 2008

Parking lot untuk Dijual!!!

Untuk perhatian semua Seri Nuangers!!!!

Bermula 1 Januari 2008, semua parking lot yang tidak ada tanda "Reserved" adalah layak untuk dibeli oleh pemilik rumah untuk dijadikan sebagai parking lot kereta kedua, ketiga dan seterusnya. Harga untuk satu lot parking adalah sebanyak tiga ribu duit Malaysia. Sesiapa berminat, sila hubungi Zai di Lebar Daun di talian 03-5511 6754

Peace No War!!!

Ahad, Disember 21, 2008

Saluran longkang tersumbat

Hari Sabtu lepas (20 Disember 2008), satu kejadian air melimpah dari saluran longkang telah berlaku di Blok 2 berhampiran dengan parking kereta OKU atau lebih tepat lagi di bawah rumah 2-1-8. Air dari saluran longkang di situ melimpah keluar dari lubang saluran. Saudara Aidil telah diberitahu oleh pekerja di situ dan beliau telah mengarahkan pekerjanya untuk membuka penutup lubang tersebut untuk melihat punca air melimpah. Beliau mendapati banyak plastik-plastik, pad-pad dan "lain-lain" benda yang terdapat di dalam lubang saluran tersebut.

Oleh itu, diminta kerjasama daripada semua pihak untuk tidak membuang benda-benda tersebut ke dalam saluran air ke longkang, dikhuatiri akan menyebabkan saluran tersumbat.

Peace No War!!!!

Sabtu, Disember 13, 2008

Jemaah tabligh di Seri Nuang

Sejak dari 5 Disember 2008 yang lalu, ada sekumpulan jemaah Tabligh telah melawat Seri Nuang bertujuan untuk mengimarahkan Surau Al-Ikhwan. Ini boleh dikatakan satu usaha yang murni dalam mengajak para penduduk terutamanya yang beragama Islam untuk sama-sama berjemaah di surau yang telah disediakan. Ini adalah satu cara bagaimana Rasulullah menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Arab dan juga merata dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana jemaah tabligh berkembang di Malaysia, sila pergi ke link ini:

http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat280/nasihat280.html

Isnin, Disember 08, 2008

Salam Aidil Adha

Kepada semua warga Seri Nuang, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga raya tahun akan bermakna karna berada di rumah baru. Selamat pulang ke kampung halaman dan memandulah dengan berhati-hati. Dan sesiapa yang membuat qurban, semoga qurban anda diterima oleh Allah dan memberikan manfaat kepada yang membuat qurban dan penerima hasil qurban.

Jumaat, Disember 05, 2008

Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah menandakan bermulanya Ibadah Haji untuk para tetamu Allah bilang kali tiba musim haji. Pada tahun ini, para jemaah akan wukuf di Padang Arafah pada 7 Disember 2008 manakala Hari Raya Aidil Adha akan jatuh pada 8 Disember 2008. Kenapa wukuf dilakukan di Padang Arafah?

Antara hikmahnya adalah memperingati pertemuan bapa dan ibu segala manusia, Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa. Padang Arafah tempat pertemuan mereka berdua setelah berpisah sekian lama sejak diturunkan dari 'syurga'. Dengan sebab pertemuan tersebut, umat manusia berkembang biak menjadi khalifah di atas muka bumi sebagaimana dikehendaki Allah ta`ala.
Maka diabadikan peristiwa ini dengan setiap tahun umat berkumpul di sana untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sewajarnya perjumpaan di sana disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bayangkanlah bagaimana gembira dan syukurnya Nabi Adam dan Siti Hawa yang terpisah bertahun-tahun lamanya, setelah itu berjumpa semula.

Ikhwah, mengabadikan tempat-tempat penting dan bersejarah dengan tujuan dijadikan kenangan dan i'tibar bukanlah sesuatu yang ditegah dalam syariat Islam. Lihat upacara saie antara Shafa dan Marwah, bukankah antara hikmah memperingati peristiwa Siti Hajar dengan Nabi Ismail a.s. Pensyariatan korban, antara hikmahnya memperingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.