Khamis, Mac 19, 2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447

 


Selasa, Mac 17, 2026

Saguhati Buat Peserta Tadarus Quran


Majlis penyampaian saguhati buat peserta Tadarus al-Quran di Surau Al-Ikhwan sempena Ramadan 1447H telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan suasana ukhuwah. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam mengimarahkan surau melalui bacaan al-Quran sepanjang bulan mulia tersebut. Penyampaian saguhati bukan sahaja menjadi simbol penghormatan atas usaha mereka, tetapi juga sebagai dorongan untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada al-Quran, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan memperkukuh nilai silaturrahim dalam komuniti Seri Nuang. Ada juga peserta yang tidak dapat hadir atas urusan lain di luar.

17 Mac 2026

Isnin, Mac 16, 2026

Terima Kasih Imam dan Bilal Teraweh!!

Pengerusi Surau Al-Ikhwan (Baju hijau) bersama Imam, Ustaz Zakwan dan dua Bilal Taraweh, Adik Rayqal dan Adik Abbad pada Ramadan 1447. 

AJK Surau Al-Ikhwan menyerahkan saguhati kepada Ustaz Ahmad Zakwan bin Azhar selaku Imam Taraweh di Surau Al-Ikhwan pada Ramadan 1447.

Sabtu, Mac 07, 2026

Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Ikhwan (7 Mac 2026)

 

Majlis Berbuka Puasa anjuran Surau Al-Ikhwan telah diadakan pada 7 Mac 2026. Terima kasih kepada semua jiran-jiran yang hadir. 

Ahad, Mac 01, 2026

Pengajian Ilmu di Surau Al-Ikhwan: Mac 2026