Jumaat, Februari 20, 2026

Imam dan Bilal Tarawih - Ramadan 1447H

 

Salam Ramadan Kareem

Untuk bulan Ramadan 1447H ini, syukur alhamdulillah, Surau Al-Ikhwan mendapat khidmat seorang Imam Taraweh dan dua orang Bilal Taraweh yang akan bertugas pada setiap malam. Ketiga-tiga mereka ini adalah Pengajar dan Pelajar di Madrasah Mazaher Uloom Ilmuan di Seksyen 24, Shah Alam.

Nama-nama mereka ialah:

Ustaz Ahmad Zakwan bin Azhar

Adik Wan Uzayr Rayqal bin Mohd Haidzar (15 tahun)

Adik Mohammad Fakhri Abbad bin Mohammad Kamarul (13 tahun)

Mari kita sama-sama imarahkan surau kita di bulan Ramadan ini.

#SurauAlIkhwan #RamadanKareem

Khamis, Februari 19, 2026

Kutipan Sumbangan Ihya Ramadan 1447


*Makluman Kutipan Sumbangan Ihya’ Ramadhan 1447H*

Pihak surau akan memulakan kutipan sumbangan bagi program Ihya’ Ramadhan. Hasil kutipan ini akan digunakan sepanjang bulan Ramadhan untuk menampung keperluan seperti moreh, juadah berbuka, pengimarahan solat tarawih serta aktiviti-aktiviti kebajikan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” Sunan al-Tirmizi
Semoga Allah melipatgandakan rezeki dan ganjaran buat para penyumbang, serta menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan 1447H.
Kerjasama dan sokongan semua amatlah dihargai.
Surau Al-Ikhwan
Bank Islam 12038010102222

Rabu, Februari 18, 2026

Sumbangan Kepada Arwah Zawani Yusoff


Pihak Surau Al-Ikhwan melalui Biro Wanita telah menyampaikan sumbangan derma kilat dari jiran-jiran Seri Nuang kepada keluarga arwah Zawani Yusoff yang meninggal dunia pada 26 Jan 2026 yang lalu. Keluarga arwah diwakili oleh isteri arwah, Puan Az-Zahra telah menerima sumbangan tersebut. Semoga arwah dicucuri rahmat Ilahi selalu.

18 Feb 2026

Selasa, Februari 17, 2026

Sumbangan Ihya Ramadan DUN Kota Anggerik 1447H


Pihak Surau Al-Ikhwan yang diwakili oleh Saudara Bendahari telah hadir ke Majlis Sumbangan Ramadan bagi masjid dan surau dalam DUN Kota Anggerik. Sumbangan telah disampaikan oleh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor / ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi di Petals Event Space, Seksyen 7, Shah Alam.

17 Feb 2026

Isnin, Februari 09, 2026

Mesyuarat Agung Tahunan PPBBSA 2026

 

Sabtu, Februari 07, 2026

Gambar Gotong-royong 7 Feb 2026

Rabu, Februari 04, 2026

Gotong-Royong Pra-Ramadan 1447


Salam semua 😊

Sabtu ini surau kita akan adakan gotong-royong sempena kedatangan bulan Ramadan.

Ramadan nanti surau lebih kerap digunakan untuk solat berjemaah, tarawih, tadarus. Bila bersih dan selesa, ibadah pun lebih khusyuk.

Gotong-royong ni bukan sekadar sapu dan mop, tapi cara kita latih niat, kerjasama dan keikhlasan sebelum Ramadan bermula.

Apa yang kita buat hari ini, orang guna sepanjang Ramadan, inshaAllah pahala mengalir.

Dalam program seumpama ni kita boleh jumpa, kenal, bekerjasama. Surau hidup bila jemaahnya hidup. Mulakan Ramadan dengan tindakan, bukan hanya tunggu. 

Kita sambut Ramadan dengan usaha, bukan hanya ucapan.

Jumpa sabtu ni

Ahad, Februari 01, 2026

Jadual Pengajian Surau Al-Ikhwan: Feb 2026