14 tahun yang lalu
Bumbung luar Surau Al-Ikhwan telah dibuat penambahan bagi mengelakkan tempias akibat hujan. Malah dengan penambahan atap ini mewujudkan ruang bagi pejalan kaki untuk lalu dari Blok 2 ke Blok 1 dan sebaliknya. Semoga ianya bermanfaat bagi penduduk di Seri Nuang.
Kerja-kerja membuka bumbung akibat bumbung parkir tumbang petang semalam sedang dijalankan pada pagi ini oleh pihak JMB.
Aktiviti Gotong-royong surau diadakan dengan semangat ukhuwah yang jitu. Terima kasih kepada semua yang membantu. Inilah amalan yang patut kita amalkan dalam kejiranan kita.
Sekitar majlis bacaan Yaasin dan tahlil arwah pada 22 Feb 2025. Ada imam jemputan, Ustaz Lukman Al-Hakim, Imam 1, Surau Seksyen 3 yang mengendalikan majlis ini. Terima kasih kepada jiran-jiran yang hadir. Terima kasih juga yang telah menyumbang makanan.