Terima kasih pada yang hadir pada bacaan yassin tadi. Semoga Allah membantu "mereka" yang telah pergi dan kita yang sedang menunggu.
Isnin, Januari 26, 2026
Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk Arwah Zawani Yusoff (2-7-1)
Terima kasih pada yang hadir pada bacaan yassin tadi. Semoga Allah membantu "mereka" yang telah pergi dan kita yang sedang menunggu.
Al-Fatihah: Zawani Yusoff (1982-2026)
SESUNGGUHNYA KITA MILIK ALLAH DAN KEPADA-NYA KITA KEMBALI.
Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Zawani bin Yusoff (43) telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi di rumahnya di Tingkat 7, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Arwah merupakan Penolong Pegawai Sains di Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia.
Jenazah telah dibawa ke hospital Klang untuk posmortem. Selepas posmortem jenazah akan dibawa ke Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) untuk urusan mandi, kafan dan solat.
Ketentuan masa Solat Jenazah akan dimaklumkan kemudian samada selepas solat Zohor atau selepas solat Asar bergantung kepada proses post-mortem.
Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21 untuk proses pengebumian selepas solat jenazah. Semua jemaah yang berkelapangan dijemput hadir untuk menunaikan solat jenazah di Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) dan seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Sekyen 21.
Rabu, Januari 21, 2026
Anak-anak Mengaji Al-Quran di Surau
Isnin, Januari 12, 2026
Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2026
📚 Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru!
🌟 Selamat menimba ilmu di sekolah!
🤝 Selamat bertemu semula dengan rakan-rakan dan guru di sekolah!







