Khamis, Disember 30, 2021
Projek Pembesaran Surau setakat 30 Dis 2021
Jumaat, Disember 24, 2021
Sejarah Nama Shah Alam
Sekilas Fakta
Pada November 1968, Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor telah menyiapkan pelan sebuah bandar untuk dijadikan Ibu Kota Negeri Selangor yang dicadangkan pembinaannya di kawasan Sungai Renggam, 5 km dari Kelang. Terdapat 100 cadangan diterima untuk menamakan bandar tersebut, antaranya Kota Bunga Raya, Kota Lumun dan Sri Selangor.
Hanya empat nama disenarai pendek iaitu Kota Jugra, Kota Selangor, Kota Renggam dan Shah Alam (cadangan dari Sultan Selangor). Pada 21 Disember 1968 bersamaan 1 Syawal 1388, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, selepas Sembahyang Hari Raya di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri.
Penyelidik: Ishak Mat Peah
Sumber: UM 24 Dis 2021
Rabu, Disember 22, 2021
Sumbangan mangsa banjir
Pengerusi Surau Al-Ikhwan, Saudara Ahmad Yani telah menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir kepada Imam Masjid Seksyen 7. Masjid Seksyen 7 menjadi pusat pengumpulan sumbangan kepada mangsa banjir. Semoga ianya membantu sedikit sebanyak
22 Dis 2021
Jumaat, Disember 17, 2021
Jumaat, Disember 10, 2021
Selasa, Disember 07, 2021
Isnin, Disember 06, 2021
Sekitar Program Gotong-royong (5 Dis 2021)
Sebahagian gambar-gambar semasa Program Gotong-royong anjuran Surau bersama Surau Al-Ikhwan dan MPP Zon 4 pada 5 Dis 2021. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi.
#suraualikhwan
#mppzon4