13 tahun yang lalu
Rabu, Mac 28, 2018
Ahad, Mac 18, 2018
Terima kasih MBSA
Pihak Perpustakaan Mini Seri Nuang merakamkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor, Bahagian Pembangunan Komuniti MBSA, Perpustakaan Anggerik Vanilla dan khasnya MPP Zon 4 di atas sokongan serta sumbangan dalam merealisasikan usaha Komuniti Seri Nuang dalam usaha menambahbaik kemudahan perpustakaan dan seterusnya menjadikan ianya sebagai hab pendidikan rakyat setempat khasnya dan penduduk sekitaran amnya di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Pada 17 Mac 2018, pihak Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA telah menyempurnakan penyerahan dua buah komputer, dua buat meja komputer, tiga buah rak buku serta dua buah kerusi bulat kepada Perpustakaan Mini Seri Nuang.
Ini merupakan kerjasama yang telah dibuat antara MBSA dan Komuniti Seri Nuang yang mana usaha mewujudkan sebuah perpustakaan telah bermula semenjak 2014 apabila Seri Nuang dipilih oleh pihak MPP Zon 4 (Seksyen 8 dan U11) untuk bertanding di dalam Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee) antara zon-zon di Shah Alam. Hasrat dan sokongan padu daripada MPP Zon 4 menjadikan Seksyen U11 sebagai hab pendidikan rakyat telah membuahkan hasil dengan wujudnya perpustakaan mini ini.
Perpustakaan mini adalah di bawah naungan dan seliaan Surau Al-Ikhwan di mana ianya seiring dengan misi surau untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada komuniti di samping mengadakan siri-siri kuliah agama dan kuliah bersiri bersama penceramah jemputan.
Para penduduk juga telah menyumbang sejumlah buku yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk sendiri. Buku-buku ini adalah merangkumi subjek umum, kanak-kanak, agama, motivasi diri dan lain-lain. Antara program yang telah dijalankan di perpustakaan mini ialah:
a. Pembentangan akhir Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee)
b. Fun Learning English bersama Uncle K
c. Program Kempen Kesihatan bersama Fakulti Perubatan, UiTM
d. Demo membuat kek Brownies dan Carrot anjuran MPP Zon 4
e. Program lawatan ke Perpustakaan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning
f. Misi pecutan akhir PT3 dan SPM bersama Aunty Dayah
g. Program 'Storytelling' bersama pelajar taska-taska Bukit Bandaraya, Seksyen U11
Sekiranya ada mana-mana organisasi yang ingin menjalankan program bersama komuniti di Seri Nuang, bolehlah berhubung melalui email: serinuang@gmail.com / an9949@gmail.com ataupun melalui telefon di talian 018-213 8370 / 012-614 6504

Tenaga kerja PAV sedang meyiapkan kerja-kerja pemasangan komputer |
Wakil Perpustakaan Anggerik Vanilla, En. Jazlan bersalaman dengan En. Norazlan dari Seri Nuang sambil diperhatikan oleh En. Adnan (Seri Nuang) |
Labels:
AJK JMB Seri Nuang,
library,
MBSA,
PAV
Khamis, Mac 15, 2018
Program Jom ke Surau MPP Zon 4
Program Jom ke Surau Sesi-3: Pengerusi MPP Zon 4, Datin Hajah
Anizan Othman menyampaikan sedikit cenderahati kepada Surau Al-Ikhwan yang
diwakili oleh En Yani pada 15 Mac 2018.
Labels:
MPP Zon 4
Isnin, Mac 12, 2018
Majlis ilmu Ustaz Zulhelmi (11 Mac 2018)
Antara intipati yang diperolehi:
1. Tiga suara yang Allah
suka: suara ayam, suara orang yang mengaji dan suara orang yang memohon
keampunan pada waktu sebelum fajar.
2. Apabila umur sudah
sampai 40 tahun dan ke atas, banyakkan amal ibadat.
3. Kembalilah kepada
tujuan dan matlamat hidup yang asal.
4. Banyak menyebut nama
Allah swt kepada setiap perkara yang dibuat.
5. Dajjal banyak
pengaruhi manusia dan ianya berupa dalam pelbagai bentuk.
6. Tutup aib pasangan
kita.. Toleransi perlu ada
7. Rahmat ditarik oleh
Allah swt. sekiranya kita tidak sedar.
Isnin, Mac 05, 2018
Jumaat, Mac 02, 2018
Pengesahan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor
Proses pengesahan ini telah dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 1 Mac 2018. Sijil pengesahan arah kblat ini wajib dipamerkan di dalam surau.
Labels:
arah kiblat
Khamis, Mac 01, 2018
Kuliah Dhuha Wanita
Untuk siri pertama, ianya akan diadakan pada 4 Mac 2018 bermula jam 10.00 pagi. Semua muslimat Seri Nuang dijemput hadir .
Labels:
dhuha wanita
Langgan:
Catatan (Atom)