Bukit Bandaraya Shah Alam, 29 Jan - Semalam telah berlangsungnya aktiviti penyemburan nyamuk (fogging) dalam kawasan bangunan Seri Nuang lebih kurang jam 6.15 petang dan berkahir jam 7.00 malam. Aktiviti ini telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Selangor. Cuma apa yang ingin dijelaskan disini ialah aktiviti penyemburan nyamuk ini TIDAK DIMAKLUMKAN telebih dahulu kepada pihak JMB Seri Nuang. Oleh itu, pihak JMB Seri Nuang tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai penyemburan ini.
Aktiviti penyemburan ini diadakan kemungkinan besar ada mana-mana penduduk yang dijangkiti denggi. Maka, hospital secara automatik akan menghubungi Pejabat Kesihatan Selangor untuk melakukan penyemburan nyamuk.
Sekiranya pihak kami telah mendapat maklumat awal, maka pihak JMB sudah semestinya akan membuat makluman kepada semua penduduk supaya ketenteraman dapat dijaga. Oleh itu, pihak JMB meminta semua penduduk supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai kejadian semalam.
Pagi ini juga, sebuah van Pejabat Kesihatan telah datang untuk pergi memeriksa rumah mana yang telah dijangkiti denggi itu.
Pihak JMB juga ingin mengingatkan semua penduduk supaya menjaga rumah masing-masing supaya tidak ada tempat pembiakan nyamuk.
13 tahun yang lalu