Selasa, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Daripada
Jawatankuasa Penduduk dan Surau, Seri Nuang
@ Bukit Bandaraya Shah Alam

Isnin, September 22, 2008

Surau Al-Ikhwan terima PA System


Pada hari Ahad (21 Sept 2008) yang lepas, Surau Al-Ikhwan telah menerima peralatan PA untuk kegunaan azan dan lain2 pengumuman di kawasan Seri Nuang ini. Pihak Jawatankuasa Penduduk dan Surau ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PUSAT ZAKAT SELANGOR karna kesudian menyumbangkan peralatan tersebut untuk kegunaan warga Seri Nuang. Sesungguhnya sumbangan ini amat berharga dan penting untuk mengimarahkan surau yang muda ini. Alhamdulillah.

Khamis, September 18, 2008

Talian Kecemasan

Dan kalau ada apa-apa perkara berhubung dengan bekalan air, sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol: 1-800-88-5252 atau email: puspel@syabas.com.my

Rabu, September 17, 2008

Nuzul Quran - 17 Ramadhan

Kepada semua Muslimin & Muslimat Seri Nuang, Jawatankuasa Penduduk menguchapkan selamat menyambut Nuzul Quran hari ini. Sesungguhnya Quran telah diturunkan sebagai mukjizat paling agung buat Nabi Muhammad saw.

Selasa, September 16, 2008

Selamat Hari Malaysia

Kepada warga Seri Nuang,
Pihak Pengamal Blog ingin mengucapkan "SELAMAT HARI MALAYSIA". Semoga Malaysia akan terus aman dan makmur.

Isnin, September 15, 2008

Gotong-royong Surau -- 14 Sept 2008

Setelah 14 hari berpuasa di bulan Ramadhan 1429H ini, pihak jawatankuasa surau telah menjanakan idea untuk sama-sama melakukan gotong-royong untuk keceriaan dan kebersihan surau. Maka tanggal 14 Sept (14 Ramadhan) telah diadakan satu gotong-royong ringkas pada jam 5.00 petang untuk membuat kerja-kerja berkenaan surau.

Tepat jam 6.35 petang terjadi satu insiden yang tidak disangka-sangka, satu letupan seumpama meriam buluh telah berlaku di stesen janakuasa TNB di luar pagar apartmen. Kedua-dua blok telah mengalami 'black-out'. Pengerusi surau telah bertindak menelefon pihak TNB mengenai kerosakan tersebut. Pihak TNB telah tiba lebih kurang jam 7.10 pm untuk melihat apa yang telah berlaku. Masing-masing telah keluar membeli lilin untuk menerangi rumah yang gelap. Maklumlah nak buka puasa.

Dan kira-kira jam 8.45 pm kerosakan telah dapat diatasi. Alhamdulillah

p/s:

1. Moral yang kita boleh pelajari ialah, kena pastikan setiap rumah perlukan lampu kecemasan. Belilah lilin untuk tujuan kecemasan.

2. Penduduk kena bekerjasama setiap masa tidak mengira siapa kita.

Jumaat, September 12, 2008

Surau Al-Ikhwan terima carpet

Pada hari Jumaat yang lalu (5 Sept 2008), Surau Al-Ikhwan telah
menerima carpet untuk para jemaah sembahyang dengan lebih selesa. Carpet
yang berwarna biru itu hasil sumbangan Pusat Zakat Selangor telah
menambah seri lagi buat surau yang baru ini.

Terima kaseh sekali lagi diucapkan kepada Pusat Zakat Selangor di atas
keprihatinan terhadap surau kita. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada Surau Al-Ikhwan, sila berhubung dengan alamat yang tertera disebelah kanan.

Sembahyang Tarawih di Surau Al-Ikhwan

Salam Ramadhan,

Untuk informasi semua warga Seri Nuang, Surau kita iaitu Surau Al-Ikhwan ada membuat sembahyang sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat bermula malam pertama lagi. Oleh itu, pihak Surau Al-Ikhwan mengalu-alukan kehadheran semua muslimin & muslimat untuk meramaikan jamaah pada setiap malam pada Ramadhan kali ini. Ini adalah sembahyang tarawih yang pertama semenjak warga Seri Nuang mula berpindah ke sini.

Pengenalan Pangsapuri Seri Nuang



PANGSAPURI SERI NUANG

Pangsapuri Seri Nuang merupakan salah satu fasa perumahan yang dimajukan oleh Lebar Daun Development Sdn. Bhd. (474585-K) dalam kawasan Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Projek Seri Nuang adalah jenis apartment kos sederhana yang mempunyai dua blok dan mempunyai lapan tingkat. Pembeli-pembeli sudah mula masuk seawal bulan April 2008. Kedua-dua blok 1 dan 2 telah siap pada tahun 2016. 

Pangsapuri Seri Nuang terletak di dalam kawasan Bukit Bandaraya Shah Alam, Seksyen U11 yang mana ianya terletak bersebelahan dengan Taman Botani Negara atau sebelum ini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Seksyen yang paling hampir adalah Seksyen 8 yang menjadi pintu masuk utama ke kawasan Bukit Bandaraya. Bukit Bandaraya Shah Alam adalah di bawah seliaan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 yang merangkumi Seksyen U11 dan U12.  

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah:
·         Lift
·         Taska
·         Taman permainan
·         Lot kedai 
·         Surau 
·         Dewan serbaguna
·         Lot parkir berbumbung
·         Kemudahan Mencuci kenderaan
·         Perpustakaan Mini 
·         Kawalan keselamatan
·         Wakaf 
·         Kad akses kenderaan
·         CCTV

Majoriti penduduk yang menetap di sini adalah dalam linkungan umur 20an hingga 50an. Namun demikian, lebih kurang 10% daripada jumlah tersebut merupakan penduduk yang dalam lingkungan umur 60an.

Pengurus Fasiliti bagi Pangsapuri Seri Nuang adalah seperti berikut:

2008-2011: Conso Carta Sdn. Bhd. (Anak syarikat Lebar Daun Development)
2011-2012: Titanium Victory Sdn. Bhd. (Ejen Pengurusan)
2012-2014: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang (JMB), Pengerusi: En. Zaini Hassan
2014-2019: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang (JMB), Pengerusi: En. Abdul Samad Sedik
2019-2021: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang (JMB), Pengerusi: Tuan Haji Mohd Azrin Ezahar
2021-2023: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Nuang (JMB), Pengerusi: En. Zahidan Othman

Khamis, September 11, 2008

Inilah Seri Nuang

Posting No.1: Blog Seri Nuang telah lahir

salam sejahtera warga Seri Nuang Shah Alam,

Ini adalah blog Seri Nuang yang telah dibangunkan oleh Pengamal Blog Seri Nuang.
Oleh itu apa-apa berita akan diupdatekan dalam blog ini. Ianya akan menjadi penghubung antara warga Seri Nuang yang lain.