Selasa, Julai 23, 2013

Bawa ke mahkamah jika tak bayar caj penyenggaraan pangsapuri

Sumber: Selangorku

Ahad, Julai 21, 2013

Keselamatan Lift tanggungjawab bersama


Sabtu, Julai 13, 2013

Program di bulan Ramadhan yang Berkat

Jumaat, Julai 12, 2013

Palestin Menuju Kemenangan - 14 Julai 2013


Khamis, Julai 11, 2013

RM 2.7 juta peruntukan Ramadhan untuk masjid dan surau seluruh negeri Selangor



SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini. 

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Tuan Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak) berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1,881 buah surau biasa.

Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau biasa sebanyak RM1,000. 

“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.

Sumber: www.selangorku.com

Ahad, Julai 07, 2013

JMB dan JMC perlu bergerak lebih efektif



PETALING JAYA, 7 JULAI : Sehubungan itu, satu seminar dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan seminar bagi memberi pendedahan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan (MC) bangunan berstrata supaya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, seminar ini juga memberi peluang kepada JMB dan wakil penduduk yang hadir untuk mengemukakan soalan dan masalah yang dihadapi seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Katanya, JMB dan MC perlu bertindak lebih efektif dalam menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata sentiasa berada dalam keadaan baik.

Ini kerana penghuni perlu berkongsi semua harta bersama seperti lif, tangga, taman, kolam, tangki, paip dan bumbung.

“Faktor yang paling penting dalam menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata adalah tahap kesedaran dan keprihatinan setiap penghuni khususnya JMB dan MC bangunan berbilang tingkat kepada kebersihan, keselesaan dan keselamatan serta aspek pengurusan dan penyenggaraan bangunan,” katanya.
Peserta seminar diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata dalam aspek pentadbiran, operasi penyelenggaraan, pengurusan keselamatan melalui seminar ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke program MBPJ Bersama Penghuni Berstrata 2013 di Dewan D’Kelana, Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seminar berkenaan memberi fokus kepada beberapa topik utama seperti pembentangan penguatkuasaan di bawah Akta 133, program pasukan keselamatan kejiranan PJ dan program ‘low carbon’.

Sumber: Selangorku

Marhaban Ya Ramadhan 1434H di Seri Nuang


Khamis, Julai 04, 2013

Gotong-royong dan Sup power sempena Ramadhan

Gotong-royong untuk kemaskan surau dan dewan baru renovate tu sempena Ramadhan ni akan diadakan pada 6 Julai 2013 jam 10.00 pagi.

Sesi memasak sup power jugak akan dilaksanakan kepada yang hader.

Mai la...