Rabu, Oktober 29, 2008

Masa Jamuan Raya

Wuiii!!! banyaknya makanan

Dah kenyang
Mai la makan hehehe
Menu utama: Satay Meru
Program menghalau nyamuk di Seri Nuang

Selasa, Oktober 28, 2008

Sekitar Jamuan Raya @ Seri Nuang

makan, makan

Tuan Samad memberikan kata-kata awal untuk majlis
Bro Fauzi menyampaikan ucapan aluan

Antara tetamu yang hadher

Gerai Burger Hisham laku malam tu
P/s: Sorry, gambar goyang la...harap maaf

Rabu, Oktober 22, 2008

Jamuan @ Seri Nuang berjaya dilaksanakan


Jamuan Hari Raya @ Seri Nuang telah berjaya dilaksanakan pada 18 Okt 2008 yang lepas. Warga Seri Nuang telah menunjukkan satu kerjasama yang baik untuk program yang julung-julung kali dianjurkan ini. Alhamdulillah, segala perancangan yang telah diatur rapi membuahkan hasil yang diharapkan. Dari segi makanan pula, memang tidak dinafikan amat mencukupi serta ada berlebihan yang mana dapat dibungkus untuk dibawa balik.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut dan berbanyak tahniah juga kepada warga kerja yang telah bertungkus-lumus dalam usaha murni ini. Syabas!

Program seumpama ini amatlah penting demi mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga.

Jumaat, Oktober 10, 2008

Jamuan Hari Raya @ Seri Nuang


Selamat Hari Raya kepada semua warga Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam.

Jawatankuasa Penduduk telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan jamuan hari raya aidil fitri yang julung-julung sekali diadakan pada tahun ini. Butirannya adalah seperti berikut:



Tarikh: 18 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa: 7.45 malam

Tempat: Tempat parking kereta sebelah Surau Al-Ikhwan



Jamuan ini diadakan secara Pot-Luck di mana setiap rumah adalah dialu-alukan untuk membawa juadah untuk majlis tersebut. Semua warga Seri Nuang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.


P/s:


Pada hari yang sama jugak, Saudara Azwan (rumah nombor 2-2-15) mengadakan jamuan hari raya bermula 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Semua warga Seri Nuang dijemput hadher.

Rabu, Oktober 08, 2008

Baraan - amalan kunjung-mengunjung

"Baraan" adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud mengunjungi setiap rumah di dalam kawasan tempat tinggal kita. Jika terdapat 50 buah rumah, maka setiap orang akan pergi ke setiap rumah tersebut secara berkumpulan. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Jawa di sekitar Selangor, Perak dan Johore. Selalunya program ini diadakan pada hari raya kedua dan seterusnya. Kumpulan lelaki akan beraya pada hari raya kedua manakala kumpulan perempuan pula akan beraya pada hari raya ketiga.

Ini adalah satu cara untuk memupuk satu permuafakatan di antara penduduk di dalam sesebuah kampung. Amalan ini jarang terdapat di tempat-tempat lain.

Sesiapa ada pengalaman turut serta dalam program baraan ini, sila kongsi di ruangan komen.

Isnin, Oktober 06, 2008

Raya di Seri Nuang

Hari nie genap 6 hari umat Islam berhari raya yang mana lebih dijuruskan kepada warga Seri Nuang. Setelah seminggu berhari raya di kampung halaman, maka kini masa untuk kembali ke kota untuk menruskan perjuangan yang maseh belum selesai buat kita. Hidup mesti diteruskan untuk menjaga keluarga dan memberi nafkah kepada ahli keluarga serta membayar ansuran rumah.

Amalan kunjung-mengunjung amatlah digalakkan tak kira sapa sahaja. Amalan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran tetangga, lebih-lebih lagi kepada yang tinggal apartment. Jadikanlah amalan tradisi ini satu amalan yang elok bagi warga kota.

Majlis rumah terbuka untuk apartment juga sangat molek diadakan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama penduduk.