13 tahun yang lalu
Isnin, Jun 23, 2014
Ahad, Jun 22, 2014
Sekitar Gotong-royong Surau 2014
Gotong-royong surau telah diadakan pada 22 Jun 2014 sempena kedatangan bulan Ramadhan. Alhamdulillah tenaga muda bersama-sama dengan AJK Surau Al-Ikhwan sama-sama membersihkan kawasan dalam surau dan kawasan sekitar surau. Pada sebelah petangnya pula diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat Pra-Ramadhan.
Jiran-jiran sama-sama membantu dalam pembersihan surau |
Isnin, Jun 16, 2014
Ahad, Jun 15, 2014
Rabu, Jun 11, 2014
Selasa, Jun 10, 2014
AlFatihah: Ustaz Haji Ahmad Mustafa
SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN. Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini.
Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN. Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH) Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir). Warga Seri Nuang mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….
Sumber: Selangorkini
Isnin, Jun 09, 2014
Ahad, Jun 08, 2014
Kuliah Israk Mikraj bersama Ustaz Puaad Osman
Tarikh: 8 Jun 2014
Tempat: Surau Al-IKhwan, Seri Nuang.
Tuan Guru: Ustaz Puaad Osman, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM
Jumaat, Jun 06, 2014
Khamis, Jun 05, 2014
Ahad, Jun 01, 2014
Langgan:
Catatan (Atom)