Rabu, Februari 29, 2012

7 sebab membuatkan hati mati

7 Perkara menyebabkan hati mati, Saidina Umar telah berkata “

1- Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6- Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7- Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati.

Sabtu, Februari 25, 2012

Jemputan Makan-makan

Salam Seri Nuangers,

Keluarga Masrizan & Zunaini menjemput sekalian Seri Nuangers ke rumahnya pada:

Tarikh: 25 Feb 2012 (Sabtu)

Masa: 2.00 petang

Tempat: 2-6-9, Seri Nuang 2, BBSA

Selamat datang ke rumahnya

Rabu, Februari 22, 2012

Street Accoustic Battle

Ahad, Februari 19, 2012

Trip Famili ke Villa Rakyat, Kemaman - Postponed!!!!

Trip keluarga Seri Nuang ke Villa Rakyat, Kampung Geliga Besar, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Tarikh: 4-6 Mei 2012 (3hari 2malam)
Bayaran: RM 175.00 (satu keluarga)
Kenderaan: Sendirian Berhad (Konvoi dari Seri Nuang ke Kemaman): Approx. 315 km (3 jam 56 minit).


Kemudahan bagi sebuah villa:

4 bilik berhawa dingin, 1 bilik berkipas
3 bilik air
Kolam renang
Surau
Dapur
Kawasan BBQ
Televisyen, sofa, meja makan, peti ais & microwave oven

Untuk makan, kita plan bawak bahan mentah atau beli di Kemaman dan masak sendiri. Di Villa Rakyat, penyewa dibenarkan memasak untuk makan pagi, tengah hari. Untuk malam, kita boleh buat BBQ.

Tempat yang boleh dilawati:
Taman Paya Bakau Bakau Tinggi
Pantai Cherating
Pantai Telok Nik (Monica Bay)
Kopitiam Hai Peng
Zoo Mini Kemaman

Aktiviti:
Candat sotong
Memancing di pantai/laut
Memancing udang
Menaiki bot di Sungai Ibok

Pengiraan bajet:
1 rumah untuk 4 keluarga:
1 rumah = RM 350.00
= RM 350.00 / 4 keluarga = RM 87.50
= RM 87.50 x 2 malam = RM 175.00 sahaja untuk penginapan bagi satu keluarga.
Bajet ini tidak termasuk belanja untuk makan dan minum.

Promosi ini terhad kepada 8-12 keluarga sahaja.
Kalau berminat nak pergi, sila confirmkan kepada Sdra Taib (012-698 8585).

Lokasinya klik di sini.

Khamis, Februari 16, 2012

Ziarah Yaasin - 19 Feb 2012

Selasa, Februari 14, 2012

Seri Nuang on Twitter

Selasa, Februari 07, 2012

Maulud Nabi 2012

Santai De'Nuang Cafe beroperasi kembali

Santai De'Nuang Cafe akan beroperasi semula pada 8 Feb 2012 dengan menu dan style yang baru.

Rabu, Februari 01, 2012

Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza – Malaysiakini.com

Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.

“Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.

“Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk,” katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun “rohok”, beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

Nik Aziz menjelaskan, rohok dalam bahasa Kelantan bermaksud banyak kerja.

“Itulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.

“Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga,” katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.

Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia “penting untuk akhirat”,

“Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..

“Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen,” katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.

Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya “bagus” tetapi “rohok” atau banyak bekerja.

Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.

Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.

Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.

Malah, sejurus sahaja tamat ditemubual Malaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejadah segera dihampar untuk diimamkannya. Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya – yang tiada langsung protokol ketat – juga turut bersolat bersama-sama. Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.

Petikan: www.hamizul.com