Khamis, Januari 26, 2012

Program Ziarah Yaasin - Jan 2012

Isnin, Januari 23, 2012

Kebun sayur dan pokok Facelift

Kebun sayur di Seri Nuang telah lama diwujudkan di satu kawasan kecil di belakang tempat pengumpulan sisa buangan berhampiran tempat meletak kenderaan di bahagian belakang kawasan bangunan. Ianya telah diusahakan semenjak 2008 lagi. Namun, dari sehari ke sehari, tambahan pula dengan kesibukan para penduduk, maka pokok-pokok yang tumbuh sekarang dah semakin membesar. Antara yang ditanam ialah pokok pisang, nenas, limau kasturi, kacang panjang, timun ayer, roselle, ubi kayu dan lain-lain.

Pokok nenas pernah berbuah dua kali dan juga timun ayer ada membuahkan hasilnya beberapa kali.

Bermula tahun 2012, aktiviti perkebunan dimulakan kembali dengan penyemburan racun ke atas rumput-rumput yang tumbuh meliar. Oleh itu aktiviti seumpama ini telah dimulakan kembali oleh Kelab Wanita Seri Nuang untuk memenuhi masa lapang apabila hujung minggu.

Berbudi kepada tanah akan membawa hasil.

Rabu, Januari 18, 2012

Pindaan Akta Perumahan dapatkan hak milik strata

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Hak Milik Strata 1985 dan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 bagi melindungi kepentingan pembeli harta.

Menteri berkenaan, Datuk Chor Chee Heung, berkata pindaan akta perumahan sedia ada itu bertujuan mewajibkan pemaju membuat permohonan bagi mendapatkan hak milik strata bangunan dalam tempoh enam bulan selepas surat perjanjian jual beli (SNP) ditandatangani.

"Pindaan itu juga membolehkan sijil terbabit (hak milik strata) dapat diperolehi serentak ketika pembeli rumah menerima semua dokumen pembelian yang berkaitan termasuk sijil layak menduduki (CFO).

"Buat masa ini, pemaju memang tidak wajib membuat permohonan mendapatkan hak milik strata bangunan selepas menandatangani perjanjian SNP, kini selepas CFO dikeluarkan baru mereka memohon," katanya ketika menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai tindakan ke atas kerajaan negeri khususnya di bawah pentadbiran pembangkang yang menyebabkan rumah mesra rakyat atau rumah untuk golongan kurang berkemampuan terbengkalai, Chor berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan sekiranya menerima aduan.

"Setakat ini kementerian tidak menerima laporan skim perumahan rakyat di Pulau Pinang atau Kelantan yang terbengkalai dan sekiranya mereka mengemukakan aduan baru kita boleh siasat mengapa kerajaan atau majlis tempatan di negeri berkenaan tidak mengeluarkan CFO.

"Kalau ia berpunca daripada masalah politik, ia memang tidak boleh diterima langsung, tetapi kalau ada masalah lain mungkin kita akan cuba selesaikannya secepat mungkin," katanya.

- Bernama

Rabu, Januari 11, 2012

Shah Alam Garbage Collection Service

Perkhidmatan Kutipan Sampah Shah Alam
Area / Kawasan Telephone / Telefon

Service Line/Talian Perkhidmatan 03-5511 3488

U2, U6, U8, U12, Subang Permai, Kg. Sri Subang, Nusa Rhu, Kg. Budiman, TTDI Jaya & Bukit Jelutong, Kg. Paya Jaras Tengah, Hilir, Hulu & Dalam; Kg. Baru Sungai Buluh, Kg. Merbau, Kg. Kubu Gajah, Kg. Sg. Pelong & Bukit Rahman Putra, Shah Alam
Khairul: 019-2405770
Shahrul: 019-3974646

Seksyen 13, 14, 15 - 21 & Kg. Baru HICOM, Shah Alam
Adam: 019-2608770
Badrul: 018-6616557

Seksyen 2 - 12, Shah Alam
Adam: 019-2608770
Khairuddin: 019-6450688

Seksyen 22, 24, 25 - 28, 31 & 33 - 36, Shah Alam
Faisol: 019-2426770
Faizal: 013-6340599

Service Line/Talian Perkhidmatan: 8:30 am/pagi - 10:00 pm/mlm
Email/Emel: ramli@kdeb.com

Selasa, Januari 10, 2012

Hebat Abadi Sdn. Bhd.

Hebat Abadi Sdn. Bhd. (HASB) is a subsidiary of Kumpulan Darul Ehsan Berhad. It was established in October 1996 as a premier service provider of household, industrial, commercial and institutional solid waste management.

In close association with Alam Flora, we are also one of the leading concessionaire for privatized sold waste management in Wilayah Persekutuan and Selangor state. The company also provides truck rental and roro bin rental for multi purpose usage.

At HASB, we are committed to care for the environment through the most effective and efficient management of sold waste and recycling process. Our goal is to be a leader in solid waste management such as collection and recycling domestic waste.

Currently, HASB is planning further to expand our geographical location by entering into other domestic market, thus further gain more earnings and a strong foothold in both for collection and cleansing management as well as sale of MGB 120L.

Khamis, Januari 05, 2012

4 Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi

4 Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi

1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. (Jika ada).

Kitab Tanbihul Ghafilin.

Selasa, Januari 03, 2012

Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut

SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu. Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu. Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.

(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)

"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora. Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

Sumber: Harakah Daily.