13 tahun yang lalu
Sabtu, Disember 31, 2011
Selasa, Disember 27, 2011
Program Santai Bersama GeMS
Program yang menarik untuk bawa keluarga bertempat di Dataran Shah Alam bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 malam. Jumpa info ni di Facebook. Kalau tiada apa-apa program bolehlah datang sini.. Ianya program sempena menjelang tahun baru. Eloklah kerana saya yakin pengisiannya lebih baik dari sambutan malam tahun baru sebelum-sebelum ni.
Apa azam tahun baru? pastinya nak yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan mencapai impian yang belum terlaksana. InsyaAllah.
Apa dia GeMS tu? saya dah search ianya bermaksud:
Secara amnya, “Graduates Employability Management Scheme” (GEMS) adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasakan para graduan dengan kecekapan dan kebolehan dalam menempuhi alam kerjaya. Program GEMS ini diharapkan dapat memberi latihan kepada 12,000 graduan di dalam lingkungan masa dua tahun. Program latihan GEMS ini terbahagi kepada 2.5 bulan latihan berstruktur di dalam kelas dan 6 bulan latihan praktikal.
Salah satu projek yang dijalankan oleh peserta GEMS adalah program hari karnival yang melibatkan Gate Corporation dan Infinity Events Consulting. Kertas Kerja Karnival ini merupakan salah satu medium bagi “Karnival Keusahawanan Graduan”.

Sabtu, Disember 24, 2011
Sampah
Jika dulu, tong sampah hanya diletak begitu saja untuk kegunaan orang ramai sebagai tempat membuang segala yang tidak perlu, kini tong sampah sudah diberi nyawa. Anda boleh melihat kebanyakan tong sampah kini ditulis ‘Gunakanlah Saya’ seolah-olah tong sampah sudah hidup dan bercakap serta merayu kita menggunakannya. Tidak mustahil suatu masa nanti kita terpaksa mencipta tong sampah bergerak atau mengikut sahaja ke mana kita berjalan supaya kita membuang sampah ke dalamnya.
Di taman, tong sampah akan bergerak mengikut ke mana sahaja orang bergerak supaya sampah yang sebelum ini dicampak di merata-rata tempat, dibuang ke dalamnya.
Mungkin di tepi-tepi sungai juga tidak cukup dengan papan tanda terpacak di suatu tempat, tetapi disediakan papan tanda bergerak supaya orang patuh dan tidak membuang apa-apa yang tidak patut ke sungai. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendedahkan bahawa jika sampah dikumpulkan dalam masa lima hari, ia dapat menutup seluruh Perlis.
Pertambahan jumlah penduduk menjadikan sampah juga bertambah. Jika sampah tidak dikendalikan dengan betul, memang satu Malaysia pun boleh tertutup. Di Malaysia, sejak tahun 1994, dianggarkan pertumbuhan populasi sebanyak 2.4 peratus iaitu 600,000 orang setiap tahun.
Ini pasti membawa kepada masalah pertambahan sampah manakala jangka hayat tempat pelupusan sampah semakin kurang. Difahamkan, 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi dan menunggu masa untuk ditutup. Malah, ada tempat pembuangan sampah yang sudah sepatutnya ditutup, tetapi masih menerima sampah kerana masalah untuk mencari tempat baru.
Kerjasama pelbagai pihak sangat penting untuk membendung masalah sampah. Pertama, kita harus mengurangkan penggunaan benda yang akhirnya menjadi sampah dan kedua, apabila benda itu terpaksa juga menjadi sampah, pengurusan terhadapnya mestilah bijak supaya tidak mendatangkan masalah kepada kita.
Sumber: Internet

Isnin, Disember 19, 2011
Elakkan Kenderaan dicuri
Tip-tip Mencegah Kecurian Kereta
* Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
* Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
* Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
* Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey' kereta sekiranya anda berasa was-was.
* Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda (sandblasting).
* Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
* Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
* Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di servis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa di servis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa di servis.
Tip Mencegah Kecurian motosikal
* Letak motosikal di tempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
* Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
* Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
* Letakkan di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam seperti di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
* Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
Source: http://babycutekami.blogspot.com/2010/10/tips-elak-kecurian-kenderaan.html

Sabtu, Disember 17, 2011
For Sale by Azuan Shariff
For Sale:
1. Penapis air Bio Aura (New) - 5 unit - RM600/unit
2. Dockers Jacket/coat - Banyak pocket tersembunyi -RM150
3. Frame 4 QUL (Brass) - RM90.00
4. Jam 4 QUL (Brass) - RM90.00
5. Frame At Taubah ayat 128-129 - RM80.00
6. Frame Pintu Kaabah - RM90.00
7. Penawar Resdung - RM10/Botol
8. OSIM Foot massage - RM600 (Jarang guna)
9. Jaket kulit (vintage) - RM100
10. Toyota Avanza - 2 tahun dan ingin membuat Refinace Toyota Avanza ini sebelum Febuari 2012. Kalau ada yang berminat untuk menukar nama (beli) sila hubungi saya.
InsyaAllah akan ada lagi barang untuk di 'let go' seperti karpet dan sebagainya.
Azuan Mohd Shariff
2-6-12
Email: azuan.mshariff@gmail.com

Khamis, Disember 15, 2011
Punca Anak Derhaka
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tah nia h. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
Sumber: http://suraualhijrahpprpantairia.blogspot.com
Rabu, Disember 14, 2011
Suara Azan
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.
[sunting] Hukum
Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.
[sunting] Dalil
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Isnin, Disember 12, 2011
Ceramah Maal Hijrah 11 Dis 2011
Ustaz Nasri bin Sarip dari Serendah telah dijemput untuk berkongsi ilmu dengan Seri Nuangers pada malam tadi yang bertajuk Hijrah dan Perubahan Diri. Beliau boleh ditemui di FB dengan nama: Nasri Sarip
Ahad, Disember 11, 2011
Selasa, Disember 06, 2011
Isnin, Disember 05, 2011
Khamis, Disember 01, 2011
Mesyuarat Persatuan Penduduk
Salam sejahtera,
Mesyuarat Persatuan Penduduk akan diadakan pada:
Tarikh: 2 Dis 2011 (Jumaat)
Masa: 8.45 pm
Tempat: Wakaf Demokrasi Seri Nuang
Agenda:
1. Isu-isu semasa di Seri Nuang
2. Isu pengurus Fasiliti
3. Lain-lain isu berbangkit.
Diharapkan kawan-kawan tolong datang demi kebaikan kita semua.

Langgan:
Catatan (Atom)