Jumaat, Ogos 26, 2011

Salam Aidil Fitri

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya

Khamis, Ogos 25, 2011

Terima kasih Imam Tahfiz

Malam ini merupakan malam terakhir bagi kedua-dua Imam Tahfiz jemputan bagi solat Terawih di Seri Nuang. Kedua-dua mereka, Hamzah dan Farhan merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hidayatul Muttaqin di Bukit Bandaraya, Seksyen U11. Seri Nuang juga telah dikunjungi oleh ADUN Kota Anggerik / EXCO Negeri Selangor, Dr Haji Yaakob Sapari bersama dengan Pengerusi MPP Zon 4, Tuan Haji Ismahali Ridzwan yang sama-sama bersolat terawih dengan jemaah sekalian.

Pihak AJK mengucapkan ribuan penghargaan kepada Imam Tahfiz dan semoga selamat maju jaya di dalam pengajian seterusnya.

Selasa, Ogos 23, 2011

Qiyamullail, Sahur & Kuliah Perdana

Khamis, Ogos 18, 2011

Program Nuzul Quran, Iftar Jamaie, Qiyamullail

Isnin, Ogos 15, 2011

Ihya Ramadhan Shah Alam

Khamis, Ogos 11, 2011

YB Khalid Samad di Seri Nuang

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad akan berada di Surau Al-Ikhwan untuk bersama-sama dengan para penduduk menunaikan Solat Taraweh. Detail seperti berikut:

Tarikh: 12 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Surau Al-Ikhwan, Seri Nuang

Mari beramai-ramai solat taraweh berjamaah.

Rabu, Ogos 10, 2011

10 Perkara ...

10 Perkara yang menjadikan manusia tidak bernilai di sisi Allah SWT
TAZKIRAH RAMADHAN

AL FADHIL USTAZ HAJI AMER NOORHEZAM (JAIS)


1- Ilmu yang tidak diamalkan.

2- Amal ibadat yang tidak disertakan dengan keikhlasan.

3- Harta yang tidak digunakan di dunia untuk kemanfaatan di Akhirat.

4- Hati yang tidak merindui pertemuan dengan Allah SWT atau menCintai Allah SWT .

5- Percintaan yang tidak berlandaskan syariat Allah SWT.

6- Masa yang tidak digunakan untuk kebajikan atau kemanfaatan di Akhirat.

7- Ideologi yang berkisar dengan sesuatu yang tidak memberi faedah kepada Akhirat.

8- Berkhidmat dengan mana-mana majikan yang tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak menjanjikan kebaikan dunia pada diri anda.

9- Mereka yang tidak mampu memberi faedah pada diri sendiri.

10- Mereka yang tidak mampu menabur jasa kepada orang lain.

Isnin, Ogos 01, 2011

Tahlil Sempena Ramadhan