Selasa, Mei 31, 2011

Bapa Mertua Bro Zaini

Kepada semua Seri Nuangers,

Dimaqlumkan bahwa bapa mertua Bro Zaini (2-5-12) sedang berada di:

Wad Perubatan 1, Tingkat 2, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Jalan Universiti.

Sesiapa yang ingin pergi melawat, sila berbuat demikian.

Contact Bro Zaini: 017-256 4221

Isnin, Mei 30, 2011

Senaman Tua di Seri Nuang

Pendaftaran: RM30 (sekali sahaja)
Bulanan: RM25 (Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma)
Ahli : Terbuka (Lelaki & Wanita)

Rabu, Mei 25, 2011

Gambar Takraw edisi ke-2

Untuk gambar-gambar sekitar sepak takraw edisi ke-2, sila klik kat sini

Selasa, Mei 24, 2011

Hari Alam Sedunia 2011

Ahad, Mei 22, 2011

Keputusan Takraw 2011 Edisi ke-2















Keputusan Takraw Seri Nuang 2011 Edisi ke-2:

Juara: Service Ace (Taib, Mat Chelsea, Nazlee)

Naib Juara: Balas (Abu, Joe, Che Mat)

Ketiga: Hang Jebat (Rozaiman, Zul, Zaini)

Keempat: Hentam Saja (Shazli, Zaki, Taufiq)

Kelima: Raja Kapor (Samad, Syaharul, Amy)

Tahniah kepada semua pemain, prestasi dan semangat perjuangan sangat menakjubkan.

P/s: Gambar-gambar ada dipost dalam posting di atas.

Selasa, Mei 17, 2011

Lawan Takraw Seri Nuang 2011 edisi 2

Sabtu, Mei 14, 2011

Sembang Santai Belia Zon 4 (Sek 8 & U11)

Jumaat, Mei 13, 2011

Kedai Dill Cakes


Kalau nak tengok senarai kek yang ada, silalah ke:
http://dill-cakes.blogspot.com
FB: Dill Cakes
Tel: 012-633 5053 / 012-633 6793

Khamis, Mei 12, 2011

Taska: Gummy Bear Child Care Centre

Lokasi Taska ini adalah di Tingkat Bawah Sekali dalam Blok 2. Taska ini diberi nama Gummy Bear Child Care Centre. Sila berhubung dengan Pn. Jue (016-713 3400) untuk maklumat lanjut.

Isnin, Mei 09, 2011

Kempen Pengumpulan Buku



Source: http://www.korporat-mbsa.blogspot.com

Jumaat, Mei 06, 2011

Recycle datang balik

Are we ready?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, takhta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!