13 tahun yang lalu
Ahad, Mac 27, 2011
Takraw friendly
Gambar-gambar sekitar perlawanan sepak takraw persahabatan antara Seri Nuang dan Masjid Putra Perdana, Puchong ada kat sini.
Rabu, Mac 23, 2011
Sabtu, Mac 19, 2011
Sepak Takraw Persahabatan
Satu pertandingan sepak takraw persahabatan akan diadakan seperti berikut:
Surau Seri Nuang vs Masjid Putra Perdana, Puchong
Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Seri Nuang Court, BBSA, Section U11, Shah Alam
Hanya 5 regu sahaja yang dipertandingkan. Kepada sesiapa yang ada jersi biru gelap semasa pertandingan badminton tempoh hari, sila pakai, kalau tidak ada, sila pakai baju kaler biru gelap.
Blog berkaitan:
Seri Nuang
Masjid Putra Perdana, Puchong
Taman Putra Perdana
Mari kita turun ramai-ramai bagi sokongan kepada team-team kita nanti.
Contact person: Taib (2-4-9): 012-698 8585

Selasa, Mac 15, 2011
Isnin, Mac 14, 2011
Ribut kuat
Seksyen U11, Isnin - Siang tadi, Seri Nuang mengalami satu insiden ribut menumbangkan satu lot bumbung untuk parking kereta di sebelah tempat pengumpulan sampah di bahagian depan. Sebuah kereta Proton Iswara bewarna hijau yang terkena bumbung tersebut dapat dialihkan oleh penduduk yang ada di rumah ketika insiden itu berlaku. Mujurlah kereta lain keluar bekerja. Ini semua kejadian Tuhan yang kita tak dapat elakkan, cuma kita memohon kepadaNya untuk keselamatan kita semua.
Angin kuat juga menerbangkan daun-daun sehingga ke tingkat 3. Kejadian angin kuat ini adalah berikutan faktor geografi kawasan ini yang berbukit dan berada di kawasan yang rendah dan dikelilingi kawasan hijau yang menjadi kawasan tadahan ayer.
Pihak pengurus fasiliti harus mengambil tindakan untuk membaiki kerosakan yang berlaku itu.

Isnin, Mac 07, 2011
Keputusan Badminton Seri Nuang
Semalam telah berlangsung pertandingan badminton Seri Nuang di Dewan Melur, Seksyen 7. Pertandingan telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Berikut adalah keputusan perlawanan:
Juara: Beregu 8 (Razif/Amirul)
Naib Juara: Beregu 5 (Zulkifli/Hamzah)
Ketiga: Beregu 6 (Taib/Fadzli)
Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga disertai oleh pemain luar dari Seri Nuang. Terima kaseh atas sokongan semua. Kepada isteri-isteri dan anak-anak yang turut serta juga dihargai kehadiran kalian semua.
Gambar-gambar sekitar pertandingan, klik kat sini

Jumaat, Mac 04, 2011
Belasungkawa: Tahlil untuk arwah Niza
Malam tadi kawan-kawan Seri Nuang telah selamat menjalankan program tahlil dan bacaan Yaasin untuk arwah Niza yang tinggal di 2-2-12. Beliau tinggal sorang di rumah tersebut yang disewanya tiap-tiap bulan. Beliau meninggal pada 25 Feb 2011 di Seksyen 9, Shah Alam akibat serangan jantung pada umur 38 tahun. Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Negeri dan kemudian di bawa pulang ke Parit Buntar, Perak DR.
Beliau meninggalkan seorang ayah yang kini berada di kampung. Beliau bertugas di Jabatan Alam Sekitar di Menara Sunwaymas di Seksyen 9.
Semoga Roh beliau di cucuri rahmat Ilahi.
Beliau meninggalkan seorang ayah yang kini berada di kampung. Beliau bertugas di Jabatan Alam Sekitar di Menara Sunwaymas di Seksyen 9.
Semoga Roh beliau di cucuri rahmat Ilahi.
Khamis, Mac 03, 2011
Wi-Fi at Santai de'Nuang
Wi-Fi is available at Santai de'Nuang. Bring down your laptop, iPad and what so ever la. Enjoy your teh tarik or kopi radix while Facebooking!
Selasa, Mac 01, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)