Rabu, Disember 29, 2010

Perjumpaan dengan wakil Exco Perumahan Selangor

Satu perjumpaan dengan wakil Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor, En Nor Azman Ibrahim akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 2 Jan 2011 (Ahad)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Surau Al-Ikhwan, Seri Nuang

Sesi ini juga akan dihadiri oleh Pengerusi MPP Zon 4 (Sek. 8 dan U11) Shah Alam, Tuan Haji Mohd. Ismahali Ridzwan Ismail yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA.

Kepada semua penduduk Seri Nuang, mari bersama-sama kita join sesi taklimat ini serta dapat bertanyakan soalan mengenai hal-hal yang kita tidak pasti mengenai perumahan kita terutamanya hal-hal penyelenggaraan.

Selasa, Disember 28, 2010

Ambang Tahun Baru

Ahad, Disember 19, 2010

Hari Ilmu: Gerakan Membaca Perdana

Khamis, Disember 16, 2010

Operasi Kucing

Operasi menangkap kucing yang berkeliaran dalam kawasan pangsapuri akan dijalankan bermula 18 Disember 2010. Ini berikutan aduan dan masalah seperti najis dan air kencing kucing yang bertaburan di merata-rata tempat termasuk di kawasan kaki lima setiap tingkat. Ini membuatkan sesetengah penduduk berasa kurang selesa akibat bau dan juga kesan daripada bahan buangan haiwan tersebut.

Oleh itu, diminta kerjasama penduduk yang ada memelihara kucing, hendaklah memastikan bahawa haiwan mereka ditempatkan di dalam tempat yang sesuai dan tidak dibiarkan di merata-rata. Ini juga telah diterangkan di dalam 'House Rules' yang diberikan kepada setiap pemilik rumah. Harap maklum.

Info:

Aduan haiwan pemeliharaan di MBSA:

Perkhidmatan:
- Anjing/kucing/ayam peliharaan
- Anjing atau kucing liar

Talian: Penolong Pegawai Veterinar (Cik Zuhailah bt Abdul Latif)
Tel : 03-5510 5133 samb 496

*Bagi aduan monyet/beruk/kera dan ular, sila hubungi Jabatan Perhilitan di talian
03-5519 3915

Selasa, Disember 14, 2010

Tubuh JMB atasi masalah

AMPANG JAYA: Pangsapuri yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu berbuat demikian bagi memastikan masalah penduduk dapat diselesaikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata, JMB penting sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat atau masalah penduduk kepada pengurusan. Katanya, JMB penting ditubuhkan di pangsapuri untuk menyediakan mekanisme bagi pemaju dan pemilik bersama-sama bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara pangsapuri, manakala Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebagai pemantau. “Namun, sebaliknya berlaku apabila masih terdapat pangsapuri belum menubuhkan JMB manakala COB yang ada pula tidak tahu apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Murugiah berkata, jika JMB diwujudkan, ia dapat memantau masalah penduduk termasuk memastikan kutipan yuran penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.

Sumber: Harian Metro | 14 Dis 2010


Keratan akhbar dari MPAJ

Isnin, Disember 13, 2010

air-cond untuk surau

















Ini adalah update terbaru bagi surau di mana ada Hamba Allah telah berbesar hati menyumbangkan sebuah alat penghawa dingin untuk kegunaan ramai bila ada program atau kuliah yang dianjurkan oleh surau. Semoga alat penghawa dingin dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

Jumaat, Disember 10, 2010

Yayasan Waqaf Malaysia

Isnin, Disember 06, 2010

Kuliah Maal Hijrah

Ahad, Disember 05, 2010

Ustaz Kazem Elias

Sabtu, Disember 04, 2010

Doa akher & awal tahun

Surau akan mengadakan program semepana tahun baru Hijrah 1432 pada:

Tarikh: 6 Disember 2010
Masa: 6.30 petang
Tempat: Surau Al-Ikhwan

Aktiviti:

1. Bacaan Yaasin
2. Doa akhir tahun 1431H
3. Doa awal tahun 1432H

Sesiapa yang ada kelapangan masa, sila hadir ke surau.