Ahad, April 10, 2011

Sekitar Takraw dengan Lembaga Zakat Selangor

Siang tadi telah berlangsung perlawanan sepak takraw persahabatan dengan Lembaga Zakat Selangor yang berkesudahan dengan mata 3-2 berpihak kepada Lembaga Zakat Selangor.

Gambar-gambar sekitar perlawanan ada di sini

22 ulasan:

  1. lepas nih frenly ngan team mana plak?baguih gak dok buat frenly nih..mempertingkatkan ukhwah nuangers..tahap permainan pun MENINGKAT...tapi MENTAL KENA KUAT.HEHEH

    BalasPadam
  2. mental tak kuat kena jadi pemerhati.
    Pemerhati pon power apa, buleh psycho org yang kat dalam court tu..

    Revolusi mental.

    BalasPadam
  3. next games kena menang...perjuangan belum selesai lagi...

    BalasPadam
  4. Mencari damai abadi - pak lah

    BalasPadam
  5. Perjuangan Belum Selesai

    Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
    Dari melihat bangsaku dijajah
    Tidak ada yang lebih menyedihkan
    dari membiarkan bangsaku dihina
    Air mata tiada ertinya
    Sejarah silam tiada maknanya
    Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
    Dipersenda dan dilupakan

    Bukan kecil langkah wira bangsa
    Para pejuang kemerdekaan
    Bagi menegakkan kemuliaan
    Dan darjat bangsa
    Selangkah bererti mara
    Mengharung sejuta dugaan
    Biarkan bertatih
    asalkan langkah itu yakin dan cermat
    bagi memastikan negara
    merdeka dan bangsa terpelihara
    air mata sengsara
    mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

    Tugas kita bukan kecil
    Kerana mengisi kemerdekaan
    Rupanya lebih sukar dari bermandi
    Keringat dan darah menuntutnya
    Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
    Kalau bangsaku asyik mengia
    Dan menidakkan,
    Mengangguk dan membenarkan,
    Kerana sekalipun bangganya negara
    kerana makmur dan mewahnya
    bangsaku masih melata
    dan meminta-minta di negaranya sendiri

    Bukan kecil tugas kita
    Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
    Kerana rupanya selain memerdekakan,
    Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

    Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
    Bukankah sejak zaman berzaman
    Mereka menjadi pelaut, pengembara
    Malah penakluk terkemuka?
    Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
    Menjadi pedagang dan peniaga
    Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
    Bukankah bangsaku pernah mengharung
    Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
    Bukankah mereka pernah menjadi
    wira serantau
    Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

    Tugas kita belum selesai rupanya
    Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
    kerana hanya bangsa yang berjaya
    akan sentiasa dihormati
    Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
    Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
    tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
    buat selama-lamanya
    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Perjuangan kita belum selesai
    Kerana hanya yang cekal dan tabah
    Dapat membina mercu tanda
    Bangsanya yang berjaya.

    BalasPadam
  6. mcmana bangsa tak kena jajah...asyik dok politik blue ja...liwat,video,spender dlm umah tunang..lpas nih xtau la nak kuar apa lak..

    BalasPadam
  7. ya,

    inilah asam garam dunia politik. dalam politik kena berani dicantas dan mencantas. kena ada gu masing-masing, team a ke? b ke? c ke? ini semua adata dalam politik.

    Kalau tak kuat, hang kena cantas, kalau hang ada kuasa, buleh cantas org lain.

    moralnya: Dendam belum sudah.

    BalasPadam
  8. macam-macam buleh create. Yang takda tu, akan diadakan.

    BalasPadam
  9. Ini citer pasai takraw ka @ pasai politik.jgn tersalah haluan

    BalasPadam
  10. sikit2 tak pe,..hehe,kalu dok juang bangsa sampai bila tak sudah...kita tukar juang agama plak..ada brani..kalu brani cantas la Al- Quran n sunnah...

    BalasPadam
  11. SETUJUUUUUUUUUUUUU...NI DOK HINGAQ BANGSA MELAYU...APA CITA???MASUK KUBOQ TANYA HANG BANGSA APA KA...

    BalasPadam
  12. Cantas Al-Quran maknanya kita cantas agama dan rasul serta Tuhan.

    BalasPadam
  13. Politik dan Takraw tak dapat dipisahkan nie nampaknya.

    BalasPadam
  14. bile cite babb politik je msing2 nk ketegang urat,,pdhal kalo kite pon kalo dh ade power emmm,,,kdg lebih kurang je x kire la parti tuperware ke,,cap arnab ke,,

    BalasPadam
  15. Ini sebab keliling kita tu ramai org yang akan pengaruh...ada team A, ada team B dan ada Team C...

    ini semua tak dapat dielakkan.. tgk skrg, contoh yang terpampang luas kat Internet. sapa yang mengena, sapa yang dikenakan, sapa yang punya angkara.

    Dalam badminton pon sama, dalam bola pon sama... tak kira Malaysia atau England, pastikan kena.

    BalasPadam
  16. relax semua.....ok

    BalasPadam
  17. Kami memang tgh rileks ni, tu yang main takraw tetiap petang tu...

    BalasPadam
  18. Selingan je smua tu...huh! pastikan court ada org ptg2, ble la gak kuar peluh...hehe

    BalasPadam
  19. ya, tu semua selingan la geng, jangan ambek serius sangat walaupon isu ni serius.

    lupakan hal ini dan teruskan beraktiviti mengeluarkan peluh di petang hari...

    BalasPadam
  20. layannnn,,,,,,,,,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  21. petang nih penohkan court takraw nuangers...kalo tak ujan laaa...hehhe

    BalasPadam