Isnin, Julai 19, 2021

Salam Aidil Adha 2021


 Salam Aidil Adha buat semua jiran-jiran Seri Nuang yang dikasihi sekalian.

Ikhlas daripada JMB Seri Nuang dan Surau Al-Ikhwan

Ahad, Julai 18, 2021

Sumbangan Bakul Makanan

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Haji Hafizullah Abdul Aziz dan isteri serta NGO yang diwakilinya atas sumbangan bakul makanan bagi penduduk Seri Nuang yang memerlukan. Semoga Allah memberi rahmat dan pahala yang berlipat-ganda. 

Selasa, Julai 06, 2021

Seri Nuang 15 Tahun

*6 Julai 2021, 11.45 pagi*

*NOTIS RASMI JMB*

*PERINGATAN MESRA UNTUK PENDUDUK SERI NUANG*

Pangsapuri Seri Nuang telah pun berusia 15 tahun dan kerana itu banyak kerosakan telah berlaku. Kos pembaikan pula semakin meningkat, oleh itu, sangat penting bagi kita semua untuk tidak mempunyai tunggakan bayaran maintenance (walaupun 2 bulan dibenarkan). Marilah bersama bersepakat demi kebaikan pangsapuri kita.

*Khidmat Terbaik untuk Seri Nuang*

Sebarang soalan, idea untuk tambah baik dan aduan, sila WA ke:

www.wasap.my/+60136482832