Isnin, April 16, 2018

Sesi kongsi ilmu bersama Dr Hazil (15/4/2018)

Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab yang dieja dengan huruf 'rho', 'jim' dan 'ba' yang mewakili Rasul, Jibrail dan Buraq. Huruf-huruf tersebut adalah di kedudukan ke 10, 5 dan 2 yang mana apabila dicampur akan menjadi 17. Lihat kepada surah ke-17 di dalam Al-Quran iaitu surah al-Isra yang mengandungi 111 ayat. Kemudian lihat pula surah Muhammad iaitu surah ke 47, surah ke 53 iaitu surah An-Najmi dan akhir sekali surah ar-Rahman iaitu surah ke 55. Begitulah perjalanan Baginda Rasullullah saw semasa peristiwa Isra' Mikraj iaitu setahun sebelum Hijrah Nabi saw.

Sabtu, April 07, 2018

Gotong-royong kawasan dalam dan luar Seri Nuang

Program gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu, 7 April 2018 bertempat di Pangsapuri Seri Nuang. Program ini dianjurkan oleh MPP Zon 4 , MBSA dengan kerjasama Komuniti Seri Nuang telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih juga dengan kehadiran ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi MPP Zon 4, Datin Hajah Anizan Othman.