Ahad, Januari 24, 2010

Bowling Seri Nuang DITUNDA!!!

Biro Sukan & Riadah, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang terpaksa menunda program Bowling yang sepatutnya diadakan pada 30 Jan 2010 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Harap maklum.




Sabtu, Januari 23, 2010

Team Takraw Seri Nuang

Ahli-ahli Seri Nuang sedang giat mengadakan latihan mingguan bagi acara sepak takraw. bagi sesiapa yang berminat, sila turun ke gelanggang takraw. kasi libas sama dia!!!

Selasa, Januari 05, 2010

Program kitar semula 2010

Wahai orang-orang kampung seri nuang sekalian,

pihak biro wanita seri nuang akan menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan di sini iaitu 'kitar semula' atau 'recycled. program ini akan diadakan seperti berikut:

tarekh: 10 januari 2010 (ahad)
masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
tempat: berhampiran surau al-ikhwan.


kepada sesiapa yang ada barang-barang yang tidak digunakan lagi, bolehlah turun untuk meramaikan lagi kawan-kawan kita pada hari tersebut. antara barang-barang yang diambilkira ialah surathabaq lama, botol plastik, besi, kotak-kotak dan lain-lain lagi.

Jumaat, Januari 01, 2010

Ucapan Takziah

Tanggal 1 Januari 2010, satu peristiwa yang menyedihkan telah berlaku buat keluarga saudara Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Nuang, Sdra Zaini Hassan, yang mana bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada subuh tahun baru tersebut di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semoga rohnya akan dicucuri rahmat Yang Esa. Amin.

Kepada saudara Zaini, harap bersabar dan redha akan ketentuan Tuhan ini.