Satu perjumpaan dengan wakil Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor, En Nor Azman Ibrahim akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 2 Jan 2011 (Ahad)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Surau Al-Ikhwan, Seri Nuang
Sesi ini juga akan dihadiri oleh Pengerusi MPP Zon 4 (Sek. 8 dan U11) Shah Alam, Tuan Haji Mohd. Ismahali Ridzwan Ismail yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA.
Kepada semua penduduk Seri Nuang, mari bersama-sama kita join sesi taklimat ini serta dapat bertanyakan soalan mengenai hal-hal yang kita tidak pasti mengenai perumahan kita terutamanya hal-hal penyelenggaraan.
Rabu, Disember 29, 2010
Selasa, Disember 28, 2010
Ahad, Disember 19, 2010
Khamis, Disember 16, 2010
Operasi Kucing
Oleh itu, diminta kerjasama penduduk yang ada memelihara kucing, hendaklah memastikan bahawa haiwan mereka ditempatkan di dalam tempat yang sesuai dan tidak dibiarkan di merata-rata. Ini juga telah diterangkan di dalam 'House Rules' yang diberikan kepada setiap pemilik rumah. Harap maklum.
Info:
Aduan haiwan pemeliharaan di MBSA:
Perkhidmatan:
- Anjing/kucing/ayam peliharaan
- Anjing atau kucing liar
Talian: Penolong Pegawai Veterinar (Cik Zuhailah bt Abdul Latif)
Tel : 03-5510 5133 samb 496
*Bagi aduan monyet/beruk/kera dan ular, sila hubungi Jabatan Perhilitan di talian
03-5519 3915
Selasa, Disember 14, 2010
Tubuh JMB atasi masalah
AMPANG JAYA: Pangsapuri yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu berbuat demikian bagi memastikan masalah penduduk dapat diselesaikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata, JMB penting sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat atau masalah penduduk kepada pengurusan. Katanya, JMB penting ditubuhkan di pangsapuri untuk menyediakan mekanisme bagi pemaju dan pemilik bersama-sama bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara pangsapuri, manakala Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebagai pemantau. “Namun, sebaliknya berlaku apabila masih terdapat pangsapuri belum menubuhkan JMB manakala COB yang ada pula tidak tahu apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.
Murugiah berkata, jika JMB diwujudkan, ia dapat memantau masalah penduduk termasuk memastikan kutipan yuran penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Sumber: Harian Metro | 14 Dis 2010
Keratan akhbar dari MPAJ
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata, JMB penting sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat atau masalah penduduk kepada pengurusan. Katanya, JMB penting ditubuhkan di pangsapuri untuk menyediakan mekanisme bagi pemaju dan pemilik bersama-sama bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara pangsapuri, manakala Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebagai pemantau. “Namun, sebaliknya berlaku apabila masih terdapat pangsapuri belum menubuhkan JMB manakala COB yang ada pula tidak tahu apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.
Murugiah berkata, jika JMB diwujudkan, ia dapat memantau masalah penduduk termasuk memastikan kutipan yuran penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Sumber: Harian Metro | 14 Dis 2010
Keratan akhbar dari MPAJ
Isnin, Disember 13, 2010
air-cond untuk surau
Jumaat, Disember 10, 2010
Isnin, Disember 06, 2010
Ahad, Disember 05, 2010
Sabtu, Disember 04, 2010
Doa akher & awal tahun
Surau akan mengadakan program semepana tahun baru Hijrah 1432 pada:
Tarikh: 6 Disember 2010
Masa: 6.30 petang
Tempat: Surau Al-Ikhwan
Aktiviti:
1. Bacaan Yaasin
2. Doa akhir tahun 1431H
3. Doa awal tahun 1432H
Sesiapa yang ada kelapangan masa, sila hadir ke surau.
Tarikh: 6 Disember 2010
Masa: 6.30 petang
Tempat: Surau Al-Ikhwan
Aktiviti:
1. Bacaan Yaasin
2. Doa akhir tahun 1431H
3. Doa awal tahun 1432H
Sesiapa yang ada kelapangan masa, sila hadir ke surau.
Jumaat, November 26, 2010
Rabu, November 24, 2010
Program Sukarelawan Belia Seksyen 8 dan U11, Shah Alam
Adalah dimaklumkan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4, iaitu meliputi Seksyen 8 dan U11 mengajak semua belia, 17 tahun sehingga 40 tahun, lelaki dan perempuan untuk menyertai aktiviti-aktiviti penduduk seperti gotong-royong, rewang, sukan, kem bina semangat, X-Games, keusahawanan, kesenian, motivasi dan akademik serta kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh MPP Zon 4, Penggerak Belia Tempatan Zon 4, MBSA dan Kerajaan Selangor.Program-program terkini akan dimaklumkan kepada mereka yang mendaftarkan diri sahaja.
Program-program akan bermula pada awal Disember 2010 dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga dan idea, sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan oleh MPP Zon 4. Borang tersebut hendaklah dihantar terus ke pejabat MPP Zon 4 mengikut waktu pejabat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Boleh juga SMS ke En. Nabil di talian 012-300 7859 untuk sertai Program Jom Aktif dengan menghantar butiran seperti nama, alamat dan nombor telefon.
Berita Online:
Selangor lancar Penggerak Belia Tempatan
Website Penggerak Belia Tempatan, klik sini
Sabtu, November 20, 2010
Rabu, November 17, 2010
Isnin, November 15, 2010
Khamis, November 11, 2010
Ahad, Oktober 31, 2010
Bersama Ustaz Husni Zaim
Majlis ilmu mengenai pengimarahan masjid / surau telah diadakan pada 30 Okt 2010 selepas maghrib. Tuan guru pada kali ini ialah seorang imam muda yang bernama Ustaz Husni Zaim Muhammad, Al-Azhar, yang merupakan bekas imam masjid di TTDI Jaya. Sekarang beliau bergerak sebagai pendakwah bebas di samping memenuhi undangan majlis ilmu.
Jumaat, Oktober 29, 2010
Perhimpunan Perdana JMB Selangor 2010
Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang
Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini. Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.
JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan. Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.
Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir. Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah:
1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.
Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor. Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.
Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir. Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.
sumber dari:-
http://iskandar56100.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html
Rabu, Oktober 27, 2010
Jumaat, Oktober 22, 2010
Salam Takziah
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nandre (2-2-5) di atas pemergian bapa mertuanya pada 20 Oktober 2010 yang lalu. Bapa mertua beliau telah meninggal dunia jam 2235 di Hospital Tg. Karang. Jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan untuk dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, jenazah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Leman, Parit Tujuh, Sekinchan kira-kira jam 1100. Arwah meninggal dalam usia 70 tahun disebabkan oleh jangkitan kuman dalam usus.Al-Fatihah.
Khamis, Oktober 14, 2010
Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang
Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang
Semua pemilik rumah diminta hadir bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.
Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang
Semua pemilik rumah diminta hadir bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.
Rabu, Oktober 13, 2010
Salam Takziah
Kami warga kerja Seri Nuang ingin mengucapkan berbanyak Takziah kepada Saudara Adnan Haris aka The Legend dari 2-2-5, Seri Nuang 2 di atas pemergian arwah ayahnya, Haji Haris Abdul Munai pada 12 Oktober 2010 di Hospital Taiping, Perak. Jenazah kemudian telah dikebumikan di Tanah Perkuburan 2, sebelah Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak selepas sembahyang Zohor.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Yang Esa.
Al-Fatihah.
Rabu, Oktober 06, 2010
Jumaat, Oktober 01, 2010
Selasa, September 21, 2010
Khamis, September 09, 2010
Rabu, September 08, 2010
Senandung Aidil Fitri
Pihak Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang dan AJK Surau Al-Ikhwan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri. maaf zaher dan baten.
Ahad, September 05, 2010
YB Haji Khalid Samad di Seri Nuang
Pada 4 Sept 2010, Seri Nuang telah menerima kunjungan dari Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad serta beberapa pengiring beliau. Beliau telah sampai semasa sembahyang Taraweh. Pada sesi tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada penduduk Shah Alam mengenai amalan-amalan yang sepatutnya dibuat semasa Ramadhan. Dalam sesi tersebut juga, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada dua orang Imam Tahfiz iaitu Saudara Zaid dan Saudara Hamzah. Kedua-dua Imam Tahfiz ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz Shah Alam yang mempunyai cawangan di Bukit Bandaraya Shah Alam. Kami pihak Seri Nuang mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengimamkan sembahyang Taraweh selama sebulan.
Isnin, Ogos 30, 2010
Khamis, Ogos 26, 2010
Selasa, Ogos 24, 2010
Bersama YB dan MPP pada 13 Ramadhan
Malam semalam surau telah dikunjungi oleh YB Dr Haji Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik dan juga Tuan Haji Mohd Ismahali Ridzwan Ismail, Pengerusi MPP Zon 4 (Sek. 8 dan Sek. U11). Mereka berdua telah melapangkan masa bersama kabilah Seri Nuang menunaikan sembahyang Isyak dan Taraweh. Terima kaseh kami ucapkan kepada tuan haji berdua karna sudi bersama kami semua.
Dr Haji Yaakob Sapari yang berbaju melayu merah jambu, manakala Haji Mohd Ismahali yang berkaca mata.
Isnin, Ogos 23, 2010
Salam Takziah
Shah Alam, 23 Ogos:Inalillahiwainalillahirojiun..
Salam takziah diuchapkan kepada Che'gu Shazli (1-2-9): 012-250 7932 yang mana adik lelaki beliau yang menghidap penyakit kanser telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 11.35 pagi. Allahyarham telah menghidapi penyakit tersebut semasa pengajian beliau di Jerman lagi dan telah diminta oleh ibu bapa beliau untuk dibawa balik ke Malaysia.
Dengan takdir Ilahi, Allahyarham telah pergi meninggalkan keluarga beliau pada 13 Ramadhan 1431 dan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Kangar, Perlis Indera Kayangan. Kami pihak Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang dan Surau Al-IKhwan mengucapkan Takziah kepada Che'gu Shazli atas pemergian adik beliau. Semoga Allah merahmati roh dan mengampunkan segala dosa Allahyarham. Al-Fatihah.
Ahad, Ogos 22, 2010
ADUN Kota Anggerik di Seri Nuang
Makluman kepada semua ahli kabilah Seri Nuang.
Pada malam esok, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Haji Yaakob Sapari akan bersama-sama semua penduduk Seri Nuang menunaikan sembahyang Isyak dan Teraweh berjemaah. Kepada semua ahli kabilah, diminta kerjasama untuk turun beramai-ramai.
Pada malam esok, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Haji Yaakob Sapari akan bersama-sama semua penduduk Seri Nuang menunaikan sembahyang Isyak dan Teraweh berjemaah. Kepada semua ahli kabilah, diminta kerjasama untuk turun beramai-ramai.
Khamis, Ogos 19, 2010
Rabu, Ogos 18, 2010
Rabu, Ogos 11, 2010
Selasa, Ogos 10, 2010
Ahlan Ya Ramadhan
Ahad, Ogos 08, 2010
Sewa Meja dan Kursi
Kepada semua rakan-rakan Seri Nuang sekalian,
kemudahan sewa meja dan kerusi ada disediakan di pangsapuri kita.
Kepada sesiapa yang ingin adakan majlis hari jadi, tahli arwah atau
open house Raya, maka diperlukan untuk sewa kerusi bagi tetamu yang hader.
Jangan susah-susah cari tempat lain, di Seri Nuang ada sediakan kemudahan tersebut.
Untuk kemudahan tersebut, kita cuma kenakan very-very minimal cost iaitu:
Kerusi - RM 1.00 seunit
Meja - RM 2.00 seunit.
Segala hasil sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun surau.
Tawaran ini hanya untuk ahli Seri Nuang saja manakala hanya terhad untuk aktiviti
dalam kawasan Pangsapuri Seri Nuang sahaja.
Nak sewa? sila contact Saudara Taib (2-4-9) at 012-698 8585
kemudahan sewa meja dan kerusi ada disediakan di pangsapuri kita.
Kepada sesiapa yang ingin adakan majlis hari jadi, tahli arwah atau
open house Raya, maka diperlukan untuk sewa kerusi bagi tetamu yang hader.
Jangan susah-susah cari tempat lain, di Seri Nuang ada sediakan kemudahan tersebut.
Untuk kemudahan tersebut, kita cuma kenakan very-very minimal cost iaitu:
Kerusi - RM 1.00 seunit
Meja - RM 2.00 seunit.
Segala hasil sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun surau.
Tawaran ini hanya untuk ahli Seri Nuang saja manakala hanya terhad untuk aktiviti
dalam kawasan Pangsapuri Seri Nuang sahaja.
Nak sewa? sila contact Saudara Taib (2-4-9) at 012-698 8585




