Selamat Hari Raya kepada semua penduduk Seri Nuang. Semoga Tuhan merahmati tempat kita tinggal ini.
Jumaat, November 27, 2009
Rabu, November 25, 2009
Takbir Malam Raya
Salam 1 Malaysia dan Salam Aidil Adha 2009,Sukacitanya dimaklumkan bahwa pihak Surau Al-Ikhwan akan mengadakan
program Takbir Raya pada malam hari raya (26 Nov 2009) di surau.
Program ini dijangka bermula selepas sembahyang Isyak atau Maghrib, kena pilih yang mana sesuai.
Oleh itu, sesiapa yang masih berada di Seri Nuang pada malam raya itu, bolehlah turut serta bersama-sama rakan-rakan lain untuk bertakbir.
Dan, jika terdapat permintaan untuk bertakbir dari rumah ke rumah pula, maka pihak jemaah surau akan pergi ke rumah tersebut.
Ini sebagai satu usaha untuk memeriahkan lagi malam raya.
InsyaAllah.
Usaha murni ini dicadangkan oleh Brother Fairus (2-1-10) ianya akan diketuai oleh mana-mana rakan-rakan kita yang berkebolehan.
Sekian, salam aidil adha. peace no war
Selasa, November 17, 2009
Kampung Idaman di Taman Pertanian
Rumah ladang yang menjadi impian para petani di Malaysia, menonjolkan ciri-ciri senibina tradisional yang terbaik. Rumah-rumah yang terdapat di kampung ini mempunyai identiti negeri-negeri yang tersendiri. Setiap rumah mempunyai ruang yang cukup luas dan boleh menempatkan suatu keluarga yang besar dengan selesa. Ia dilengkapi dengan peralatan asas berserta kemudahan tempat barbeku yang disediakan berhampiran. Rumah-rumah ini juga merupakan tempat penginapan yang sesuai bagi tujuan persidangan atau majlis-majlis sosial.
Kadar Bayaran:
RM80.00/hari (hari minggu)
RM100.00/hari (hujung minggu)
Rekabentuk yang dizahirkan daripada pakar, rumah-rumah tersebut adalah
• Rumah Negeri Sembilan
• Rumah Melaka
• Rumah Kedah
• Rumah Kelantan
• Rumah Perak
• Rumah Terengganu
• Rumah Pahang
• Rumah Pulau Pinang
• Rumah Johor
• Rumah Perlis
Sumber: http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my
Selasa, November 10, 2009
Jemputan Tahlil
Khamis, November 05, 2009
Update: Berita Abg Zaini
Selasa, November 03, 2009
Mesyuarat Jemaah Menteri Seri Nuang
Mesyuarat Jemaah menteri terpaksa ditangguhkan atas arahan tuan ketua.
