Belasungkawa...
Pada subuh hari raya keempat, ibunda kepada sdra Taib yang menetap di 2-4-9 telah pergi ke Rahmatullah akibat sakit tua. Arwah telah meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Puchong dan disemadikan di kampung halamannya di Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam.
Semoga Roh arwah akan dicucuri Rahmat dari Allah. Amin.
Rabu, September 23, 2009
Jumaat, September 18, 2009
Selamat Hari Raya 2009
Selasa, September 15, 2009
Rabu, September 09, 2009
Iftar Ramadhan
Kepada warga Seri Nuang, anda digalakkan untuk menyertai program ini.
Semoga kita mendapat keampunan daripada Allah, kerna Allah telah berjanji bahwa pintu kemapunan dibuka sepanjang Ramadhan.
Selasa, September 08, 2009
Slot mengenai Fidyah
Slot ini akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi (780916-11-5319), Nazir Masjid At-Taqwa, Kapar, Klang, Selangor dan juga merupakan Ketua Unit Dakwah Umum, Lembaga Zakat Selangor. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Program ini akan diadakan selepas sembahyang Isyak dan sebelum memulakan sembahyang Tarawikh. Ustaz juga akan mengimamkan sembahyang Tarawikh pada malam itu.
Untuk melayari blog Ustaz Faryzan, sila klik di sini ---> http://abuizhar.blogspot.com. Beliau juga boleh dihubungi melalui email: faryzan@e-zakat.com.my atau talian telefon: 03-5522 7700 / 03-3392 5764 / 012-378 8175
YB Haji Yaakob Sapari di Seri Nuang
Semalam, 7 Sept (17 Ramadhan), ADUN Kota Anggerik, YB Tuan Haji Yaakob Sapari telah sudi meluangkan masa berjemaah Isyak dan Teraweh dengan jemaah di Seri Nuang ini. beliau telah hadir bersama pembantu beliau, Ustaz Shamsul yang juga imam pada malam semalam. Selepas selesai solat Teraweh, ada sesi Tazkirah ringkas dan juga jamuan moreh. Sesi ramah-mesra juga didakan semasa makan moreh. Alhamdulillah, sesi temubual dengan YB itu membuahkan hasil serta mendapat sedikit maklumat mengenai keadaan di Selangor.
Isnin, September 07, 2009
Nuzul Quran
Pihak Jawatankuasa Pangsapuri Seri Nuang mengucapkan selamat menyambut hari nuzul Quran kepada semua penduduk.Semoga isi kandungan Quran ini dapat dimanfaatkan serta diambil iktibar untuk menjadi pedoman dan arah kepada kita semua. Sesungguhnya ianya adalah satu mukjizat kepada umat Islam
Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan kepada yang bekerja, teruskan tanggungjawab di bulan Ramadhan ini.

