Nama: Haji Yaakob Sapari
Alamat: No. 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/B
Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor DE.
Tel: 03-5511 7781
Email: pkrkota.anggerik@yahoo.com
Blog: http://pkr-kota-anggerik.blogspot.com/
Isnin, Jun 22, 2009
Khamis, Jun 18, 2009
Tip-tip elakkan pecah rumah
Salam sejahtera Seri Nuangers,Kami ingin berkongsi maklumat dengan para penduduk mengenai tip-tip untuk mengelakkan kejadian pecah rumah:
1. Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan kejadian pecah rumah.
2. Meletakkan barang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah.
3. Bumbung atau siling terbuka juga mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral.
4. Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah untuk menarik perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memasuki rumah secara paksa.
5. Bagi rumah yang ada sliding door, selakkan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.
6. Tinggalkan maklumat yang cukup bagi memudahkan jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadia kepada anda.
7. Sentiasa pasang lampu apabila keluar rumah di waktu malam.
8. Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk-jenguk di kawasan rumah anda.
9. Pasangkan sistem penggera yang canggih.
10. Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian penjenayah.
Rabu, Jun 17, 2009
Blogging: Satu cara untuk berkomunikasi
Blogging in Malaysia ranks among highest in the world
MALAYSIA has about 500,000 active bloggers, ranking the country among the highest in the world after Indonesia and the European Union, Utusan Malaysia reported.
According to Universiti Malaya media department lecturer, Dr Abu Hassan Hasbullah, this showed the power of blogs in influencing the thinking of the people, especially about politics.
He said blogs currently had a wide reach considering how many Internet users visited these sites everyday.
“Our research shows that 70% of the election results were influenced by information in the blogs,” he said.
Dr Abu Hassan said the ruling government could use blogs but pointed out that it would take a long time for it to be popular.
Source: The Star

Selasa, Jun 09, 2009
Kejadian kecurian motor
Terkini:
Satu kejadian kecurian motor telah berlaku di Seri Nuang. Sebuah motor Yamaha 125z bewarna biru dan putih telah dicuri oleh Hamba Allah yang tidak bertanggungjawab. Kejadian ini disedari lebih kurang jam 3.00 pagi yang mana parking motor itu berhampiran dengan surau. Pemilik motosikal itu yang tinggal di Level 2 menyedari akan ketiadaan motornya semasa beliau hendak keluar untuk pergi kerja.
Pelbagai persoalan boleh timbul dari insiden tersebut:
1. Apakah tugas sebenar pengawal keselamatan di Seri Nuang ini?
2. Berapa ramaikah pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam?
3. Apakah tindakan pihak Facility Management & Maintenance (Conso Carta Sdn. Bhd) terhadap insiden yang berlaku?
4. Adakah pengawal keselamatan yang ada sekarang sesuai dengan kerjanya?
5. Patutkah pengawal keselamatan yang ada sekarang ditukar dengan pengawal keselamatan yang memang betul dari syarikat kawalan yang berdaftar?
Langkah-langkah keselamatan WAJIB diambil berat oleh pihak Pemaju dan Maintenance. Situasi yang ada sekarang bagaikan "Asal ada". Para penduduk membayar maintenance fee setiap bulan dengan kadar yang tinggi berbanding dengan kemudahan yang ada di Seri Nuang.
Oleh itu, pihak Pemaju dan Maintenance kena memandang berat terhadap isu-isu seumpama ini agar ianya tidak berulang kembali.

Isnin, Jun 08, 2009
Restu Kifayah Mini Mart
Sabtu, Jun 06, 2009
Jumaat, Jun 05, 2009
Khamis, Jun 04, 2009
Kem Anak Soleh V
IKLAN PROGRAM KEMASYARAKATAN
anjuran Alumni Institusi Pendidikan Hira' (ALIPH)
Pembuka Bicara
Assalamualaikum kepada anda semua. KEM ANAK SOLEH(KAS) adalah merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan pada setiap tahun khas buat anak-anak yang berusia 7 sehingga 12. Setiap tahun kami menyediakan modul yang berlainan mengikut pengamatan dan muhasabah daripada program KAS yang lepas-lepas. Insyaallah, anak-anak anda akan mendapat banyak faedah dan manfaat dari program ini. Jangan biarkan anak-anak anda diracuni perkara-perkara yang tidak berfaedah pada musim cuti yang mendatang ini. Jadi, DAFTARLAH SEGERA! TEMPAT TERHAD! Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik sini --------> Laman Official Kem Anak Soleh
-----------------------------------------------------------------------------
NAMA PROGRAM
“Kem Anak Soleh V”
TEMA PROGRAM
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”
TARIKH
Kumpulan 2 : 8 jun 2009 hingga 12 jun 2009
MASA
8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)
TEMPAT
Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8(peta lokasi)
Surau Taqwa, Seksyen 7(peta lokasi)
Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7(peta lokasi)
Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9(peta lokasi)
Masjid Pangkalan Udara, Subang(peta lokasi)
MODUL
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran
YURAN
RM40/peserta/minggu
HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
saudara Adib Abdullah(013-2758525)
saudari Amirah(013-6345889)
saudara Fikri(019-3982454)
PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kem Anak Soleh, sila hubungi unit pendaftaran kami atau klik sini—>TENTANG KAS
Untuk daftar online klik sini—>DAFTAR
Isnin, Jun 01, 2009
Aduan mengenai pembesar suara
Pihak Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang ada menerima aduan daripada penduduk di Seri Nuang mengenai volume pembesar suara di surau terlalu kuat pada waktu subuh. Ini kerana pada waktu itu adalah waktu yang agak sunyi, maka pengadu berasa tidak selesa akan situasi tersebut. Beliau meminta agar diperlahankan sedikit volume pembesar suara tersebut agar ianya tidak mengganggu penduduk.
Nota: Aduan ini akan dibawa ke dalam perbincangan para perwakilan Jawatankuasa Penduduk secepat mungkin.
Terima kasih.