Isnin, September 15, 2008

Gotong-royong Surau -- 14 Sept 2008

Setelah 14 hari berpuasa di bulan Ramadhan 1429H ini, pihak jawatankuasa surau telah menjanakan idea untuk sama-sama melakukan gotong-royong untuk keceriaan dan kebersihan surau. Maka tanggal 14 Sept (14 Ramadhan) telah diadakan satu gotong-royong ringkas pada jam 5.00 petang untuk membuat kerja-kerja berkenaan surau.

Tepat jam 6.35 petang terjadi satu insiden yang tidak disangka-sangka, satu letupan seumpama meriam buluh telah berlaku di stesen janakuasa TNB di luar pagar apartmen. Kedua-dua blok telah mengalami 'black-out'. Pengerusi surau telah bertindak menelefon pihak TNB mengenai kerosakan tersebut. Pihak TNB telah tiba lebih kurang jam 7.10 pm untuk melihat apa yang telah berlaku. Masing-masing telah keluar membeli lilin untuk menerangi rumah yang gelap. Maklumlah nak buka puasa.

Dan kira-kira jam 8.45 pm kerosakan telah dapat diatasi. Alhamdulillah

p/s:

1. Moral yang kita boleh pelajari ialah, kena pastikan setiap rumah perlukan lampu kecemasan. Belilah lilin untuk tujuan kecemasan.

2. Penduduk kena bekerjasama setiap masa tidak mengira siapa kita.

2 ulasan:

  1. tahniah buat jawatankuasa penduduk

    BalasPadam
  2. usaha macam nie memang patut diadakan selalu demi kebaikan tempat kita sendiri.

    marilah wahai penduduk seri nuang untuk sama2 merihakan surau kita.

    BalasPadam